'90 hari berjuang, doakan Maryam Al Khawla.' Kembar nombor dua semakin lemah lawan jangkitan, bacaan kuning naik dua kali ganda

Iklan

ANAK kembar kedua pasangan Mejar Ir Ts Mohd Fikry Amri Abdul Halim, 40, dan Sabrina Hakiem Zaini, 40, dilaporkan kini berada dalam keadaan lemah.

Bayi kedua daripada pasangan kembar tiga, Maryam Al Khawla kini khabarnya dalam keadaan membimbangkan. 

Iklan
Iklan

Mohd Fikry menerusi hantaran di laman sosial memohon doa daripada warga maya agar si kecil dilahirkan pramatang itu pulih.

"Mohon semua yang mengenali saya dan isteri untuk mendoakan kesembuhan dan keselamatan anak kami, Maryam Al Khawla iaitu kembar nombor dua.

Iklan

Manakala isterinya, Sabrina Hakiem Zaini berkongsi keadaan si kecil itu yang serius dan sedang berjuang melawan jangkitan.

"Mummy dengan rendah diri memohon jasa baik semua utk mendoakan bidadari besi mummy Maryam Al Khawla mendapat kesembuhan sepenuhnya dan terus kuat melawan infection yg dihadapi sekarang. 

Iklan

"Bacaan kuning naik dua kali ganda berbanding semalam. Mata sudah kuning manakala perut pun semakin membesar. Doktor menggunakan ubat tidur dos rendah tetapi Khawla sangat lemah dan tidak aktif," kongsinya.

Mohd Fikry dan isteri, Sabrina Hakiem menerima keberangkatan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada Disember.

Memohon doa dikurniakan ketabahan melalui situasi mencabar ini, Sabrina Hakiem turut memaklumkan jangkitan berkenaan adalah yang keempat.

"Selepas transfusi darah dan memasukkan immunoglobulin, bilangan sel darah merah dan platlet meningkat. 

"Tiada lagi darah keluar dari mulut seperti semalam. Tetapi baby mummy sangat lemah. 

Sekadar info, kembar tiga berkenaan dilahirkan pada usia kandungan 31 minggu pada 24 Oktober tahun lalu hasil rawatan persenyawaan tabung uji (IVF) tajaan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) yang diasaskan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Kembar nombor satu, Maryam Al Lubna dilahirkan pada 9.40 pagi dengan berat 1.8 kilogram (kg) diikuti Maryam Al Khawla dua minit kemudian dengan berat 1.78kg.

Kembar ketiga Maryam Al Arwaa pula dilahirkan pada 9.46 pagi dengan berat 1.93kg.

Terdahulu, Mohd Fikry dan isterinya menjadi perhatian ramai kehilangan anak sulung mereka, Muhammad Al Fateh Amri yang berusia lapan bulan dalam insiden menyayat hati di sebuah taska. Muhammad Al Fateh dinantikan kelahirannya selama 13 tahun.