Calon isteri batal kahwin, pemuda dedah berhabisan lebih RM30,000, dakwa orang ketiga jadi punca. 'ALLAH ada, kifarah itu ada'

Iklan

BARU-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang ibu sebak mengumumkan majlis perkahwinan anak lelakinya tidak dapat dilangsungkan susulan calon menantu menarik diri.

Dalam perkembangan terbaharu, pengantin lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Adam berkongsi cerita sebenar yang berlaku.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mengikut perancangan asal, majlis akad nikah sepatutnya berlangsung pada 27 September manakala majlis resepsi sebelah lelaki pula pada 28 September 2024.

"Pada 23 Ogos lalu iaitu sebulan sebelum majlis, dia dan keluarga datang untuk pulangkan cincin tunang dan untuk tidak meneruskan perkahwinan.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


"Pihak perempuan mulakan proses untuk batalkan dewan akad nikah dan juru nikah pada awal hingga pertengahan bulan September.

"Jadi, kami teruskan juga dengan majlis doa selamat. Niat kami mahu berkongsi rezeki dengan tetamu," katanya.

ORANG KETIGA PUNCANYA

Enggan berkongsi lebih lanjut mengenai punca pembatalan, Adam hanya memaklumkan secara umum bahawa beliau dan bekas tunang tiada jodoh dan perpisahan itu melibatkan kehadiran orang ketiga.

"Saya boleh kata tak ada jodoh dan ada penglibatan orang ketiga.

"Jumlah keseluruhan (majlis) dianggarkan lebih kurang RM31,000 tidak termasuk buah tangan kepada pengantin, rumah inap untuk keluarga besar dan sebagainya.

"Berkenaan dengan saman, hal itu antara keluarga saya dan dia sahaja yang tahu.

"Saya tidak akan kongsikan apa-apa perkongsian berkenaan perkara tersebut," katanya.



Pemuda berusia 23 tahun itu turut memaklumkan hubungannya dengan bekas tunang terjalin sejak 2022, iaitu dua tahun sebelum mengikat tali pertunangan pada Februari lalu.

Biarpun perkongsiannya meraih jutaan tontonan, Adam menegaskan bahawa beliau tidak berniat untuk meraih publisiti sama sekali. Malah Adam juga tidak menyangka hantarannya itu menjadi tular.

"Video yang saya muat naik bukanlah tujuan pemasaran atau sengaja buat drama. Pada mulanya saya nak muat naik satu video sahaja untuk jelaskan suasana pada hari tersebut sebab kawan-kawan saya ada yang tak dapat datang.

"Saya tak sangka, ramai pula yang komen tanya apa sebenarnya berlaku. Kemudian saya muat naik video saya dan mak saya buat ucapan," katanya.

Menerusi tinjauan SinarPlus, beberapa video yang dimuat naik Adam yang memaparkan sekitar majlisnya meraih lebih daripada 5 juta tontonan.

Artikel berkaitan:

Video pelamin siap, pengantin perempuan 'lari' tular, ini kisah sebenar mempelai meraih perhatian warga maya

'ALLAH & KIFARAH ITU ADA' - ADAM

Manakala menerusi siaran langsung di TikTok, Adam mendedahkan beliau mengetahui info berkaitan 'orang ketiga' itu namun tidak mahu mengambil tindakan lanjut.

"Biarkan sahajalah. ALLAH ada dan kifarah itu ada," katanya.

Ujar Adam lagi, ibunya menangis bukan kerana ketiadaan calon menantu namun disebabkan oleh dewan penuh tetamu yang hadir.

Terdahulu, SinarPlus berkongsi video ibunya menangis memaklumkan majlis perkahwinan tersebut terpaksa dibatalkan dan diganti dengan majlis doa selamat.



Hantaran berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada wargamaya yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib yang menimpa Adam dan keluarga.

Malah ada dalam kalangan warga maya mencadangkan Adam agar mengambil tindakan undang-undang.

Susulan daripada itu, Adam akhirnya tampil menjelaskan kejadian sebenar menerusi sesi siaran langsung di TikTok pada Selasa.

Sumber: TikTok