Hadiahkan ibu emas, kongsi video masakan beberapa jam sebelum kemalangan, pemergian arwah anak meruntun hati

Iklan

HATI ibu mana yang tidak pula, jiwa bapa mana yang tidak berkecai apabila anak yang ditatang bagai minyak yang penuh akhirnya pergi buat selama-lamanya dek kerana kecuaian orang lain.

Kisah tiga pelajar yang maut dalam kemalangan melibatkan Honda CRV dengan dua buah motosikal pada malam Rabu lalu benar-benar meruntun hatri ramai.

Manakan tidaknya, pemergian begitu drastik meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada ahli keluarga.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Menerusi perkongsian bersama pihak media, arwah Khairil Anwar, 20, dikatakan sempat menghadiahkan ibunya emas dan membelanjakan wang hasil simpanan gaji untuk penginapan ketika keluarganya itu menghantar masuk ke universiti bagi memulakan semester baharu.

Momen itu diungkapkan oleh bapanya, Jamaludin Hussin, 53, sambil memberitahu anaknya itu menghabiskan cuti semesternya selama dua bulan dengan bekerja secara sambilan di kiosk minuman sebuah pasar raya di Ampang, Selangor.

Menurutnya lagi, mereka sekeluarga tidak menyangka, pemberian emas kepada ibunya, Norma Mohamed Nor, 52 merupakan pemberian terakhir sebelum anak bongsu daripada lima beradik itu pergi buat selamanya.

"Arwah jarang membelanjakan wang yang banyak sebelum ini, tapi ketika saya dan isteri hantar dia pulang ke kampus hujung minggu lalu, dia turut membelanjakan wang gajinya untuk membayar bilik penginapan kami dan belanja kami makan.



"Kami juga agak terkejut dan tak sangka dia ada beli emas dan itu pemberian terakhir untuk ibunya," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Dungun, di sini pada Khamis.

Mengimbau momen bersama arwah, kali terakhir mereka berhubung adalah ketika anaknya berkongsi video masakannya kepada ibunya, iaitu beberapa jam sebelum kemalangan.