Lebih gamat & bertenaga, Masdo, Akim & The Majistret kongsi pentas menerusi konsert Destiny Of Music 2.0

Iklan

WOW, bukan kaleng-kaleng persembahan ni. Masdo, Akim & The Majistret berada di satu pentas yang sama, pasti peminat tak sabar-sabar nak lihat artis kesayangan mereka beraksi,kan!

Persembahan tersebut rupa-rupanya susulan daripada sambutan luar biasa terhadap Konsert Destiny of Music yang diadakan pada bulan Jun lalu.Oleh yang demikian, syarikat B De Paris Project selaku penganjur utama dan Sinemalis Studio dan Westzone Entertainment selaku penganjur bersama bakal membawakan edisi kedua Konsert Destiny of Music 2.0 yang dijadualkan berlangsung pada 15 November 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.

Iklan
Iklan

Kembali lebih bertenaga dengan persembahan pentas yang pastinya memukau, Konsert Destiny of Music 2.0 bakal menampilkan empat band popular tanah air iaitu Akim & The Majistret, Kugiran Masdo, Empty Page dan Insomniacks yang akan menghiburkan para penonton dengan lagu-lagu hits mereka selama dua jam tanpa henti.

Mengulas lanjut mengenai Konsert Destiny of Music 2.0, Ketua Pegawai Eksekutif, B De Paris Project, Burhan Ahmad, berkata, kejayaan dan penerimaan positif yang diterima sewaktu penganjuran edisi yang pertama baru-baru ini mendorong mereka untuk terus menganjurkan lebih banyak konsert sebegini.

Iklan

"Selain dapat mengukuhkan lagi kedudukan B De Paris Project dalam industri hiburan tempatan, penganjuran ini juga mampu memartabatkan serta memberi inspirasi kepada penggiat seni tempatan menerusi platform yang ada sekali gus membuka lebih banyak peluang kerjasama pada masa hadapan.

"Kami juga amat berbesar hati di atas kesudian barisan artis seperti Akim & The Majistret, Kugiran Masdo, Imsoniacks dan Empty Page yang sudi bekerjasama dengan kami untuk menjayakan konsert ini,"jelasnya.

Iklan

Justeru, pihaknya berharap, konsert tersebut bakal berlangsung dalam suasana gemilang seperti yang dirancang sekali gus memberikan impak yang mendalam.

Penganjuran Konsert Destiny of Music 2.0 turut diserikan dengan kehadiran Zai Sri Gemilang selaku rakan strategik. Bagi yang berminat, boleh mendapatkan tiket yang mula dijual dengan harga yang berpatutan serendah RM55.