Grab item eksklusif edisi khas kolaboratif jenama terkenal, harga istimewa kena chup cepat

Iklan

EDISI item eksklusif yang dikeluarkan khas sempena kolaboratif jenama tertentu memang jarang-jarang ditawarkan kepada kaki shopping.

Apatah lagi, ia membabitkan label terkemuka seperti DC Comics, Star Wars, Transformers, Marvel dan banyak lagi.

Iklan
Iklan

Sekali dijual, unit yang ditawarkan memang terhad. Ibarat siapa cepat, dia dapat demi menonjolkan betapa rare keluaran tersebut.

Tomaz, misalnya menawarkan jam tangan istimewa buat wanita berjiwa funky yang bertemakan DC Harley Quinn pada harga RM777 berbanding harga asal, RM1,899.

Iklan

Selain dikuasakan dengan Japan Seiko VD53, ia diperbuat daripada keluli tahan karat, bezel dan kristal zirkon.

Iklan

Lagi best, ia kalis air dengan kaca jenis sapphire, bar spring tradisional, lengkap dengan strap getah dan kulit sepanjang 20 milimeter (mm).

Bukan itu jer, Tomaz X DC Wonder Woman memang cun habis. Mana tidaknya, desain edisi khas untuk wanita moden digandingkan dengan watak filem kegemaran.

#jommakan #makanmakansinarplus #chickenchopmurah #westernfood #sinarplus #lifestylesinarharian #fyp #fypシ゚viral #fypシ" />