GENTING Highlands antara destinasi popular untuk mereka yang sukakan suasana sejuk dan berkabus. Ibarat berada di luar negara tanpa perlu terbang jauh.
Hanya lebih kurang sejam jer kalau kalian tinggal di area Lembah Klang dan sekelip mata, suhu boleh mencecah hingga 14 darjah Celsius jika sudah berada di puncak.
Bukan saja terkenal kerana mempunyai pusat peranginan bertemakan dunia fantasi, permainan ekstrem, ladang strawberi dan madu, ia juga mempunyai destinasi penginapan nature yang superb.
Kalau sudah bosan nak bermalam bilik hotel, mungkin anda boleh pertimbangkan beberapa pilihan kamar unik.
Antaranya Kireina Genting Villa. Vila comel dengan desain muji yang lengkap dengan replika animasi popular Jepun, Totoro.
Apa yang best, kemudahan seperti lif outdoor tersedia kepada pengunjung untuk ke bilik, ruang rehat, taman permainan dan kafe.
Untuk mereka yang bermalam, setiap bilik lengkap dengan jakuzi peribadi berlatarbelakangkan hutan. Memang wow!
Kireina Genting Villa
- Alamat: Lot 12195, Jalan Meranti, Genting Highlands, Pahang
- Waktu operasi: 24 jam
- Facebook: Kireina Genting Villa & Cafe
- Instagram: @kireinagentingvilla
Kamar dengan reka bentuk segi tiga diperbuat daripada kayu menaikkan lagi aura penginapan bagaikan di luar negara.
Muzik: Special Day oleh Material Gurl (Soundstripe)
Terdapat dua jenis bilik iaitu jakuzi privasi yang lengkap dengan sarapan pagi, manakala satu lagi bilik yang perlu berkongsi jakuzi.
Kedudukan jakuzi pula di luar balkoni dengan ruang rehat sambil menghayati pemandangan sungai.
Siap ada tapak unggun api, pit BBQ dan buaian. Kalau bawa anak-anak, boleh bermanja dengan angsa yang ada.
Rustcamps Glamping Resort
- Alamat: LOT 12184, Genting Permai, Genting Highlands, Pahang
- Waktu operasi: 24 jam
- Facebook: Rustcamps Glamping Resort
- Instagram: @rustcamps
Lokasi tersembunyi yang tak jauh dari Genting Highlands, sesuai untuk mereka yang merancang untuk percutian keluarga besar atau family day.
Paling mencuri tumpuan, reka bentuk seni bina Melayu tradisional yang lengkap dengan pelbagai kemudahan.
Antaranya seperti kolam renang, meja snuker, laluan jungle trekking, air terjun dan tasik.
Kebun Rimba Private Estate
- Alamat: PT 12391, Lorong Cheringin 1, Kampung Cheringin, Bentong, Pahang
- Waktu operasi: 24 jam
- Facebook: Greenwoods Tiny House & Events Hall at Genting Highlands
- Instagram: @kebunrimbaestate
Mungkin juga kalian boleh pilih untuk berlibur di Genting View Resort yang lengkap dengan kemudahan riadah mesra keluarga.
Selain mempunyai bilik yang luas dan bersih dan kolam renang yang besar, pengunjung boleh beriadah santai, berbasikal dan menghayati panorama indah dari dek pemantauan.
Paling penting, ramai reviu dan bersetuju resort yang tenang tersebut sesuai untuk healing atau percutian pendek untuk lari sebentar daripada kesibukan kota.
Genting View Resort
- Alamat: 10KM, Genting Highlands, Pahang
- Waktu operasi: 24 jam
- Facebook: Genting View Resort
- Instagram: @gentingviewresort
Unit banglo yang berkonsepkan industrial mempunyai lima bilik yang boleh memuatkan hingga 30 orang.
Kalian boleh karaoke, bermain dart, snuker, berenang di kolam sambil menghayati panorama alam semula jadi atau barbeku.
Soal keselamatan jangan risau kerana kawasan tersebut berpagar.
D'Pine Genting Villa
- Alamat: 86, Jalan Rimba 1, Taman Puncak Rimba Genting Sempah, Bentong, Pahang
- Waktu operasi: 24 jam
- Facebook: D'Pine Genting Villa
- Instagram: @datvillas