'Tak sayang harta, asal boleh berada di sisi isteri.' Syukur diberi cuti separuh gaji, Cikgu Din dedah kanser isteri makin merebak

Iklan

BERAT mata memandang, berat lagi bahu Cikgu Din memikul.

Viral kisah isteri lelaki berkenaan yang menghidap penyakit kanser benar-benar meruntun jiwa ramai pihak. Ditambah pula permohonan untuk beliau bertukar tempat kerja tidak diluluskan mengundang kemarahan ramai.

Iklan
Iklan

Terbaharu, bekas guru, Mohd Fadli Salleh memuat naik luahan hati isteri kepada Cikgu Din di laman Facebook miliknya.

"Kalau boleh saya nak abang sentiasa ada disisi saya," kata Atiqah, permaisuri hati Cikgu Din.

Maka Cikgu Din sedaya upaya cuba tunaikan permintaan isterinya yang disahkan kanser tahap 4. Turun naik PPD, turun naik JPN, pergi ke KPM di Putrajaya, namun buntu.

Iklan

Kata Cikgu Din,"Paru-paru isteri saya tinggal 30-40 peratus sahaja lagi yang elok. Selebihnya dah dimakan kanser yang merebak pantas.

Setiap kali batuk, gumpalan darah keluar dari mulutnya. Nak urus diri, nak makan, mandi dan sebagainya pun perlukan bantuan dah.

Iklan

Saya sekarang diberi Cuti Separuh Gaji. Alhamdulillah, ada juga sedikit rezeki disitu. Harta benda saya habis bergolok bergadai untuk rawatan isteri dan kos ulang alik. Saya tak sayang dah kat harta, asal boleh berada di sisi isteri saya sahaja".



Tabung kutipan

Lantaran itu, beliau mengambil keputusan untuk melancarkan tabung kutipan bagi membantu pasangan tersebut.

Sebak aku dengar luahan Cikgu Din. Jom kawan-kawan kita bantu sedikit seorang.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim. Saya lancarkan Tabung Kutipan Dana Kilat Cikgu Din.

Kutipan akan dibuat melalui akaun rasmi Dana Kita kerana penjawat awam tidak boleh kutip derma, boleh dikenakan tindakan tatatertib nanti.

Target kutipan kita ialah RM10k. Jika ada lebihan, semuanya akan digunakan dalam setiap projek amal yang Dana Kita jalankan dengan niat sedekah pahala jariah itu pada Puan Atiqah, isteri Cikgu Din.

Moga asbab sedekah itu Allah kurniakan keajaiban seterusnya isteri beliau dapat pulih seperti sedia ada.

Berikut maklumat akaun ya:

564221646925

Maybank

Pertubuhan Kebajikan Dana Kita

Reference: Infaq Cikgu Din

Moga dengan sumbangan kecil kita ini dapat meringankan bebanan kewangan yang Cikgu Din tanggung. Doa kami sentiasa untuk Cikgu Din dan isteri.

Nota: Gambar hiasan carian di Google sahaja.

#MFS

Sumber: Facebook Cikgu Fadli