Tak perlu terbang ke Greece nak stay Santorini, ini 4 destinasi dalam Malaysia boleh singgah untuk percutian singkat

Iklan

TIPULAH kalau kalian tak tertawan dengan keindahan Santorini yang terletak di Kepulauan Cyclades, Greece.

Apatah lagi, hotel bertingkat tepi laut dengan desain unik, ditambah dengan bonus lautan tersergam luas. Memang healing habis.

Iklan
Iklan

Boleh dikatakan untuk percutian enam hari di sana boleh mencecah RM20,000 atau lebih, bergantung kepada pakej yang kalian ambil.

Iklan

Jenuhlah menabung semata-mata nak terbang ke sana untuk menikmati panorama indah yang mungkin sekali seumur hidup.

Mungkin satu berita baik buat anda yang berimpian untuk ke Greece apabila sudah banyak konsep penginapan ala Santorini dalam negara.

Iklan

Tinjauan SinarPlus di aplikasi TikTok mendapati, beberapa pilihan menarik yang boleh kalian pertimbangkan dengan kos lebih murah.

Santorini @ Villa Nurkasih, misalnya antara tarikan di Klang, Selangor untuk kalian yang plan untuk bercuti bersama keluarga besar.

Lengkap dengan kemudahan asas dalam rumah, vila tersebut juga mempunyai kolam yang luas untuk aktiviti air sampai puas.

Santorini @ Villa Nurkasih

  • Alamat: Lorong Haji Ayob, Off Jalan Kapar, Batu 3, Klang, Selangor
  • Waktu operasi: 24 jam
  • Facebook: Villanurkasihklang
  • Instagram: @villanurkasihklang
  • TikTok: @nurkasihklang
Lagi satu tempat yang mungkin ada yang tak tahu, Santorini Hideaway Ipoh yang mempunyai 15 bilik pelbagai jenis.

Lagi best, kalau book awal boleh pilih bilik aras bawah yang ada akses terus ke kolam renang. Makna kata, lepas check in, boleh terus terjun bersama kawan.

Santorini Hideaway Ipoh

  • Alamat: 6 Hala Tambun Permai 2, Taman Tambun Permai, Ipoh, Perak
  • Waktu operasi: 24 jam
  • Facebook: Ipoh Santorini Hideaway - Hotel Inspired
  • Instagram: @ipohsantorinihideawayofficial
  • TikTok: @ipohsantorini
Santorini @Villa Ameda yang terletak di Jeram, Kuala Selangor, Selangor pun menarik kalau nak singgah.

Sebab apa? Bukan saja luas dengan pelbagai pilihan bilik, anda juga boleh booking satu vila untuk aktiviti family day atau retreat satu pejabat.

#jommakan #makanmakansinarplus #nasiberlaukviral #fyp #fypage #nasiberlauktengahmalam #sinarplus #lifestylesinarharian #fypシ゚viral" />