Ameera Khan berharap akan terus istiqamah jika kembali berhijab. 'Akan pakai sampai bila-bila, tak mahu buka lagi...'

Iklan

SEBELUM ini kecoh di media sosial ciri-ciri idaman suami adik adik kepada usahawan dan juga selebriti, Neelofa iaitu Ameera Khan.

SEBELUM ini kecoh di media sosial ciri-ciri idaman suami adik adik kepada usahawan dan juga selebriti, Neelofa iaitu Ameera Khan.

Tidak habis dengan itu, muncul pula persoalan lain yang diajukan oleh pengikutnya ketika Ameera bersiaran langsung di laman Instagramnya baru-baru ini iaitu pemakaian tudung.

Iklan
Iklan

Mungkin sering kali diajukan tentang persoalan tersebut, Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK) mengakui pernah bertanyakan persoalan demikian pada dirinya sendiri 'bila mahu berhijab'.

Malah, wanita yang berumur 24 tahun itu juga berkata sebelum ini dirinya pernah mengenakan tudung dua tiga kali sebelum membukanya kembali.

Iklan

"Ameera rasa bila boleh bertudung? Okay soalan ini saya pernah bertanyakan pada diri sendiri juga ‘bila nak pakai tudung?’.

"Dalam kehidupan saya, saya pernah berhijab dalam dua ke tiga kali sahaja dan kemudian saya buka balik tudung," katanya dalam siaran langsung tersebut.

Iklan

Dalam pada itu, Ameera juga menegaskan apabila memilih untuk pakai selepas ini, beliau akan memakai selamanya.

Pada masa masa, wanita berkulit putih itu turut memohon doa daripada semua orang agar beliau kekal beristiqamah sekiranya sudah mengenakan hijab satu hari nanti.

"Jadi, macam kalau saya nak pakai tudung, saya akan pakai sampai bila-bila dan tidak mahu membukanya lagi.

"InsyaALLAH dengan doa semua orang termasuklah doa dari mama dan daddy serta doa sendiri. Satu hari nanti saya akan memakai hijab dan tidak akan ada sebarang fikiran tentang belum bersedia untuk bertudung. I can’t say that," ujarnya.

Dalam pada itu, pemilik nama Nur Ameera Abdul Halim Khan turut mendoakan kepada wanita yang sedang berusaha untuk berimej tudung litup agar dipermudahkan urusan.

"Apa yang boleh saya katakan sekarang adalah Insya-Allah. Bila masa itu sudah sampai, saya hanya mampu berdoa.

"Semoga Allah SWT permudahkan segalanya dan kepada sesiapa yang menonton live ini yang sedang berusaha untuk berhijab tetapi mengalami situasi yang sama, saya doakan yang terbaik untuk anda semua," tambahnya lagi.