Destinasi honeymoon tengah laut, ini tarikan baharu kamar berkonsepkan Bali dan Eropah di Semporna

Iklan

PEMILIHAN destinasi percutian yang privasi dan jauh daripada orang ramai antara kriteria penting untuk mereka, terutamanya pasangan pengantin baharu yang merancang mahu berbulan madu.

Padanlah, keunikan dan keindahan pulau peranginan terletak di perairan Sabah yang popular dengan gelaran Maldives Malaysia antara pilihan laku keras.

Iklan
Iklan

Terkini, Royal Resort Semporna yang baru beroperasi sejak Jun lalu menjadi persinggahan ramai, khususnya pasangan mempelai yang mahukan liburan penuh romantis.

Iklan

Berkongsi keunikan penginapan berkonsepkan bohemian dengan gabungan reka bentuk Bali dan Eropah itu, ejen pelancongan rasmi Royal Resort Semporna, Muhammad Arif Azhar (Ohhsem Travel) ada sesuatu yang menarik untuk diceritakan.

Iklan

Menurut anak jati Kuala Selangor itu, lapan unit bilik dengan dua Family Room, manakala enam lagi Deluxe Room mempunyai kemudahan lengkap termasuk kolam renang peribadi, pangkin berjaring dan tangga terus ke laut.

Tidak cukup dengan itu, kemudahan tandas yang luas dengan tab mandi, lengkap bonus panorama laut dan pulau, antara tarikan buat mereka yang cintakan alam semula jadi.

"Soal makanan jangan risau kerana pakej termasuk sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam. Istimewanya, bufet minum petang sarat dengan hidangan menyelerakan di ruang disediakan,” katanya.

Royal Resort Semporna boleh dikatakan mesra keluarga kerana paras air laut boleh mencecah paras betis (paling cetek) hingga 2 meter yang sesuai untuk aktiviti bersnorkel, memancing, berkayak atau menghayati keindahan matahari terbenam.

Muzik: Special Day oleh Material Gurl (Soundstripe)

Ujar Muhammad Arif, terdapat tiga pilihan jeti di pekan Semporna untuk datang ke resort serba baharu berkenaan dengan kemudahan pengangkutan bot laju selama 10 minit sahaja perjalanan.

"Menariknya, banyak tempat wajib diterokai seperti Bohey Dulang, Mabul, Mataking, Kapalai, Timba-Timba, Sibuan, Pom Pom dan Mantabuan jika datang bercuti ke Semporna,” pelawanya.

Bagaimana idea lokasi peranginan itu tercetus? Muhammad Arif memberitahu, pemiliknya yang mahu dikenali sebagai Bos Jali mahu mengembangkan lagi bisnes restoran kepada penginapan bertaraf dunia.

"Uniknya tempat ini terlindung daripada ombak besar dan tumpahan air hujan yang sedikit. Jangan bimbang kerana anda boleh bercuti di sini pada bila-bila masa sahaja,” tuturnya yang memaklumkan projek fasa dua dengan tambahan lapan kamar sudah dirancang dalam masa terdekat.