"YA ALLAH rahmatilah hubungan kami.'
So sweet! Demikian coretan yang dikongsi aktor dan pengacara Kamal Adli sempena ulang tahun perkahwinannya dengan pelakon Uqasha Senrose laman sosial Instagramnya.
Berkongsi sekeping gambar bersama Uqasha dan buah hati mereka, Hawra Uqaira, juara Hero Remaja 2007/2008 mengenang kembali pengorbanan suri hati pada rumah tangga mereka usia yang berusia tiga tahun.
"Happy anniversary to us! Tahun special sikit sebab ada si kecil ni.. Ya ALLAH rahmatilah hubungan kami.
"Selamatkan kami. Bukakan pintu-pintu rezeki hebat buat kami. Thank you so much kepada Uqasha Senrose sebab sembilan bulan mengandungkan hadiah terhebat daripada ALLAH ini," katanya.
Memuji pemilik nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen itu, Kamal tidak lupa mendoakan agar ikatan suami isteri antara mereka terjalin erat.
"Awak ibu dan isteri yang hebat. Sama-sama kita jaga, besarkan dan pelihara hubungan ini insya-ALLAH. I love u so much.
"Terima kasih doa yang baik-baik untuk kami. Yang kurang daripada kami yang baik daripada ALLAH," kongsinya.
Untuk rekod, Kamal dan Uqasha, 32, diijab kabul pada 5 November 2021 dalam sebuah majlis akad nikah tertutup di Janda Baik, Pahang.
Uqasha melahirkan Uqaira seberat 2.72 kilogram pada 27 April 2024 di sebuah pusat perubatan di ibu negara.