UNDERWATER, lubuk kecantikan wanita dengan bangganya mengumumkan pembukaan cawangan ketiga mereka di Outpozt, IOI CIty Mall, Putrajaya.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Asian Beauty Corner Sdn Bhd dan Underwater, Ms Jace, mereka berhasrat mencipta pengalaman membeli-belah yang unik, meraikan kecantikan serta komuniti.
Diinspirasikan oleh semangat untuk menggabungkan tradisi dan kemodenan, Underwater menawarkan pilihan produk kecantikan premium dari Korea, Jepun serta lain-lain negara Asia.
Sebagai destinasi sehenti untuk trend kecantikan terkini, Underwater menampilkan koleksi eksklusif untuk pelanggan yang dikenali sebagai 'Beauty Divers'.
Di sini, mereka boleh mendapatkan produk berkualiti tinggi pada harga berpatutan, dengan jenama-jenama popular seperti 3CE, CLIO, Peripera, Dasique, Rom&nd, Hince, SKIN1004, Medipeel dan banyak lagi.
Sempena pembukaan cawangan baharu selepas SEIBU TRX dan Genting SkyAvenue, jenama itu mengadakan promosi pembukaan istimewa, menawarkan diskaun sehingga 70 peratus dan hadiah percuma dengan setiap pembelian.
Pelanggan juga berpeluang sertai putaran bertuah dengan setiap pembelian produk kecantikan, minimum RM100.