Tarikan Surfers Paradise Malaysia, tak sangka ini 5 lokasi popular peminat ekstrem sukan luncur air

Iklan

MUNGKIN sukan luncur air lokal tidak begitu popular jika dibandingkan di luar negara, namun jangan sangka di sini tiada tempat best untuk aktiviti ekstrem sedemikian.

Boleh dikatakan Malaysia bertuah kerana mempunyai beberapa perairan pantai yang terkenal dengan ombak besar dan tinggi, lebih-lebih lagi menjelang musim tengkujuh.

Iklan
Iklan

Aktiviti surfing seperti itu menjadi tarikan pelancong asing yang sanggup datang untuk mencuba nasib menawan ombak setinggi lebih 2 meter demi hobi gila berkenaan.

Iklan

Tak kurang juga orang kita yang sukakan cabaran dan mahu mencipta rekod peribadi untuk meluncur pada waktu tertentu, khususnya musim Monsun Timur Laut iaitu sekitar bulan November hingga awal Mac setiap tahun.

Lazimnya, kawasan pantai yang berombak tinggi dan konsisten terdapat di kawasan Cherating, Pahang; Pantai Batu Burok, Pulau Kapas dan Kijal, Terengganu.

Iklan

BORAK SELEBRITI - AINA ABDUL

Selain itu, ramai yang rekomen kawasan pantai di Pantai Juara dan Tanjung Resang yang terletak di Mersing atau Desaru Coast, Johor.

Langkawi pun mempunyai tempat surfing yang selamat untuk mereka yang mahu mencuba nasib seperti di Pantai Cenang dan Pantai Tengah.

Carian SinarPlus mendapati, beberapa pusat pelancongan menjadi port popular untuk sukan berkenaan sehingga menerima jolokan Surfers Paradise Malaysia. Berikut perincian:

Kam’s Surf Shack

  • Alamat: Pantai Cherating, Jalan Kampung Cherating Lama, Cherating, Kuantan, Pahang
  • Waktu operasi: 9 pagi hingga 7 malam
  • Laman web: https://kamsurf.com/
  • Instagram: @kamsurf

Club Med Cherating

  • Alamat: Jalan Kuantan-Kemaman, Sungai Lembing, Kuantan, Pahang
  • Waktu operasi: 24 jam
  • Facebook: Club Med Cherating
  • Instagram:@clubmedcherating

Tioman Cabana

  • Alamat: Tanjong Said, Kampung Tekek, Pulau Tioman, Pahang
  • Waktu operasi: 24 jam
  • Facebook: Tioman Cabana
  • Instagram: @tiomancabanavillage

Waveways Culture Langkawi

  • Alamat: Pantai Tengah, Langkawi, Kedah
  • Waktu operasi: 7 pagi hingga 8 malam
  • Facebook: Waveways culture
  • Instagram: @wavewaysculture

Desaru Surfaris

  • Alamat: Pantai Desaru, 36, Jalan Dato Jaafar, Bandar Penawar, Johor
  • Waktu operasi: 9 pagi hingga 6 petang
  • Facebook: Desaru Surfaris
  • Instagram: @desaru_surfaris

Jadi, buat kalian yang ada bucket list untuk belajar atau teringin meluncur air, bolehlah singgah mana-mana destinasi berhampiran kalian.

Okey, selamat berhujung minggu.