BAGI kalian yang merancang untuk bercuti panjang dan terbang ke lokasi idaman, mesti nak cari tiket atau pakej yang betul-betul ngam dengan bajet, kan?
Kalau dapat harga promosi, memang berbaloilah sebab dapat jimat banyak dan dengan duit lebih, boleh belanja sakan di luar negara seperti China.
Jadi, kalau anda sedang usha pakej atau tiket percutian, bolehlah pertimbangkan tawaran Shanghai Special Sale di Trip.com yang sedang berlangsung.
Bukan saja ditawarkan diskaun harga hingga 80 peratus, kalian boleh grab promo code untuk tempahan hotel, airport transfer atau car rental sempena promosi Limited-time Deals to Shanghai!
Tempahan tiket untuk Super China Sale bermula 27 November hingga 10 Disember ini bagi laluan strategik Greater Bay Area, manakala 18 hingga 31 Disember nanti untuk laluan ke Yunan.
Tak perlu runsing fikir mana satu hotel untuk bermalam kerana di Trip.com, semuanya ada di hujung jari.
Serendah RM123 di Hotel Zhongdian, Shanghai untuk semalam atau nak lebih mewah, boleh pilih harga bilik di InterContinental Shanghai Wonderland yang mencecah RM1,058.
Muzik: Special Day oleh Material Gurl (Soundstripe)
Seperkara lebih menarik, anda tak perlu nak usha setiap portal rasmi penerbangan kerana Trip.com sudah senaraikan semua flight untuk kalian pilih.
Tidak hanya Malaysia Airlines, anda boleh lihat tawaran harga menerusi Shanghai Airlines, China Estern Airlines, Philipines Airlines, Air Asia X Airlines dan China Southern Airlines.
Selain Trip.com, Malaysia Airlines juga sedang rancak mempromosikan laluan ke Kalkota, India untuk penerbangan eksklusif bermula 2 Disember nanti.
Tidak hanya India, kalau ada yang merancang untuk ke Maldives, Da Nang atau Shanghai, bolehlah eksplore laju-laju.
Berita baik buat kalian yang juga pemegang kad bank Manchester United, boleh claim potongan harga hingga 15 peratus atau bank Maybank (potongan 10 peratus).
Firefly Airlines juga tak terkecuali memberikan promosi menarik untuk perjalanan sehala ke Bangkok, Banda Acheh, Kuching dan Sandakan bermula RM69 untuk perjalanan sehala.
Jadi, mana satu pilihan kalian? Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua yang mahu terbang jauh untuk percutian bersama tersayang.