MELAKA antara destinasi pelancongan terkemuka dalam negara untuk mereka yang sukakan staycation di bandaraya bersejarah.
Lagi membanggakan, negeri bersempadan dengan Johor dan Negeri Sembilan itu tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak 7 Julai 2008.
Disebabkan populariti lokasi liburan yang bukan calang-calang, laluan masuk utama ke sana terutamanya Banda Hilir kerap sesak terutamanya pada hujung minggu.
Jadi nak tak nak, kena redahlah kasi sampai ke hotel yang sudah ditempah, kan? Lagi senang, kalau dapat penginapan tengah bandar, hanya jalan kaki jer usha tempat best di sana.
Barangkali satu berita baik buat kalian yang inginkan percutian agak thrill tanpa meredah jem yang memenatkan.
Nah, pakej 2Night Melaka Cruise ditawarkan Resorts World Cruises untuk mereka yang inginkan percutian lain daripada lain.
Muzik: Before The Rain oleh TYME Instrument (Bensound)
Kapal persiaran yang menerima pengiktirafan The World-Class Cruise Line that Knows Asia Best, Genting Dream Cruise itu akan menggunakan pelabuhan di Melaka sebagai pintu masuk untuk pelayaran dari Singapura.
Lebih menarik, penumpang akan dibawa menaiki bot untuk ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Melaka sebelum berjalan kaki ke pusat bandar Melaka.
Hanya 15 minit jer, kalian boleh sampai ke bangunan kolonial merah di Dutch Square dan Jonker Street yang terkenal dengan tumpuan membeli-belah, makan dan hiburan yang menyeronokkan.
Penumpang cruise juga boleh memilih menaiki bot Sungai Melaka yang berada berhampiran Kompleks ICQS untuk menikmati pemandangan kota pelabuhan bersejarah era Portugis, Belanda dan Inggeris, selain dihiasi mural yang cantik.
Uniknya, pakej tersebut terbuka untuk pelayaran sehala untuk tiga malam dari Melaka - Singapura - Pulau Pinang - Kuala Lumpur ( melalui Port Klang).
Kempen Tahun Melawat Melaka 2024
Menurut Presiden Resort World Cruises, Michael Goh, pihaknya teruja untuk menambah Melaka sebagai destinasi dan pelabuhan baharu, sekali gus menyumbang kepada kempen Tahun Melawat Melaka 2024.
Beliau juga percaya, Genting Dream Cruise juga dijangka akan membawa hingga 200,000 penumpang ke Melaka setiap tahun.
Sementara itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, kerajaan negeri berbesar hati menyambut kerjasama Resorts World Cruises yang memilih Melaka sebagai destinasi baru.
"Dengan purata 200,000 penumpang setahun, ia dijangka akan menyumbang kepada peningkatan jumlah pelancong semasa sempena Visit Melaka 2024.
"Ia sekali gus dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi Melaka. Saya berharap dengan tarikan baharu ini, Melaka akan menjadi destinasi pelancongan utama dan pilihan ramai,” katanya.
Selain bangunan ikonik prasejarah yang masih utuh, banyak tempat makan yang best untuk disinggahi seperti nasi ayam ball, cendol durian dan kek tradisional tempatan.
Usah risau bab makanan sepanjang pelayaran kerana Genting Dream Cruise menawarkan hidangan percuma dengan kulinari antarabangsa dan Asia.
Sebagai Kapal Pesiar Halal-Friendly pertama di dunia mengikut piawaian OIC/SMIIC, penumpang Muslim akan menikmati makanan dan minuman halal yang disahkan di bahagian khusus di restoran The Lido.
Selain kemudahan bilik solat, banyak tarikan lain yang boleh kalian cuba seperti taman air tengah laut dengan enam gelongsor gergasi, persembahan pentas antarabangsa, laluan tali berhalangan, zipline, rock climbing, spa dan shopping.