Comel! Almy Nadia, Fizz Fairuz kongsi foto puteri kelima. Ramai tertawan 'semangatnya' Nur Afrina Alisya

Iklan

SUKA lihat famili pelakon dan penyampai radio, Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia yang dikurniakan rezeki anak ramai.

Terbaharu, Almy atau nama penuhnya Ungku Almy Nadia Aminuddin Shah berkata, beliau dan Fizz berkongsi foto terbaru puteri kelimanya yang mencecah usia dua bulan.

Iklan
Iklan

"Assalamualaikum semua aunty uncle. Alhamdulillah princess kelima mama papa dan adik kelima.

"Hari ini dia sudah berusia dua bulan lebih. Sahaja mama tunjuk fotonya atas penimbang sebab dia sihat dengan jayanya, Alhamdulillah.

Iklan

"Namanya Nur Afrina Alisya, panggil Alisya ya," kongsinya turut memuat naik video anak-anak menerima kehadiran adik baharu.

Iklan

Tidak kurang yang tertarik dengan kakak-kakak Alisya yang sangat melindunginya.

"5.9 umur dua bulan lebih, kurus semangat. Comelnya Alisya, semoga sihat-sihat selalu."

"Masya-ALLAH comelnya. Kakaknya semua tangan ditepis. Kecil lagi sangat 'protective', bagus sayang adik."

"Seiras dengan Datuk sangat Alisya ni. Anak solehah."

"Masya-ALLAH comel. Pipi tu geramnya aunty."

Almy Nadia melahirkan Alisya pada 18 September 2024 dan hanya mendedahkan kehamilannya kepada umum ketika kandungan berusia lapan bulan.

Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal, 44, dan Almy Nadia, 38, berkahwin pada 26 April 2014 dan dikurniakan empat anak perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, 9; Nur Afrina Aurora, 8; Nur Afrina Ayra, 6; Nur Afrina Aisyah, 3.

Mereka turut mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 15.