SEDANG berada di Tanah Suci Makkah, pelakon Fattah Amin terus menjadi perhatian para peminat.
Tidak keseorangan, pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin itu turut membawa bersama ibu bapanya, Mohd Amin Musa, 58, dan Azizah Abdul Ghani, 56 serta adik-adik.
Dalam satu hantaran menerusi laman sosial TikTok semalam, pelakon Suri Hati Mr Pilot dan Hero Seorang Cinderella menitipkan doa agar semua pengikutnya berpeluang menunaikan umrah.
"Segala puji bagi ALLAH Tuhan semesta alam.
"Saya doakan anda semua juga insya-ALLAH dijemput ke tanah suci ini. Tanah yang barakah," kongsinya dengan memuat naik video memaparkan beliau berjalan seorang diri Masjidil Haram.
Para peminat pada ruangan komen terkenangkan tarikh 27 November yang sepatutnya menjadi ulang tahun perkahwinan beliau dan bekas isteri, Nur Fazura.
Tidak kurang yang memberikan kata-kata semangat agar aktor itu terus tabah menghadapi kehidupan selepas perceraian.
"27 November sepatutnya anniversary ketujuh. Anniversary ketujuh Fattah dan Fazura, namun sudah berpisah," kongsi warganet.
"Pada hari anniversary. Alhamdulillah Fattah dijemput sampai ke tempat paling tenang. Semoga segala hajat dan doa yang baik dimakbulkan oleh-NYA. Amin."
"Kepada Fattah Amin, berdoalah sebaik baiknya dan semoga ALLAH SWT makbulkan doa dan kurniakan hajatmu."
Sekadar rekod, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu selepas aktor itu melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Subang Bistari pada 7 Oktober lalu.
Ia susulan Fazura permohonan cerai yang difailkan Fazura di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari menerusi peguamnya pada 13 September.
Untuk rekod, pasangan yang popular dengan singkatan Fattzura itu diijabkabulkan pada 27 November 2017.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan dinamakan Nur Fatima Aisya, 4.