PEMERGIAN Pegawai Tidak Tauliah Kanan dari Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) bagi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL), Sarjan Faridah Abd Rahman, 38, menghibakan.
Menghembuskan nafas terakhir ketika berada di Lubnan, kematiannya terus ditangisi termasuk adik bongsu arwah, Hafyzoh Abd Rahman, 21, yang berasa sayu mengenangkan kembali kata-kata kakaknya yang menjadi kenyataan.
Katanya, kakak sulungnya itu ada menghantar mesej melalui WhatsApp ketika dalam perjalanan pulang bercuti di Malaysia pada 18 April lalu.
"Kami sekeluarga tidak fikir apa-apa masa dia cakap macam itu, tetapi apabila sudah jadi macam ini terus teringat balik kata-kata dia dalam WhatsApp.
"Sedih, sayu semua ada tapi kami reda dengan pemergiannya. Segalanya sudah tertulis,” katanya.
Tambah Hafyzoh, kakak sulungnya itu juga memuat naik dalam status WhatsApp memaklumkan berasa kurang sihat sepanjang perjalanan pulang ke Lubnan Sabtu lalu.
"Saya lihat status itu pada pukul 10.17 pagi Sabtu. Apabila saya hantar mesej kakak sudah tidak balas. Saya menelefon, kawan kakak yang jawab kata arwah terjatuh,” katanya.
[caption id="attachment_144275" width="800"] Tangkap layar video Bernama TV[/caption]
Seolah-olah sudah tahu akan pergi selama-selamanya, kata Hafyzoh, Allahyarhamah Faridah juga ada menyatakan sekiranya sesuatu berlaku apa-apa kepadanya, beliau sekurang-kurangnya sudah berjumpa keempat-empat anaknya sewaktu pulang bercuti ketika itu.
Selain suami, Noor Azmi Ariffin, 39, pemergian pegawai tentera itu meninggalkan empat cahaya mata termasuk seorang yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Sindrom Down iaitu Nurul Jannah.
Allahyarhamah meninggalkan empat orang anak iaitu Nurul Syifa, 13, Muhammad Afnan, 10, Nurul Jannah, 7, dan Ainul Mardiah, 4 tahun.
Baca juga: 'Mama pergi mana?' Pertanyaan anak mangsa nahas TLDM, Joanna Felicia saat pengebumian meruntun hati
Faridah yang sudah 18 tahun berkhidmat berkhidmat dalam ketenteraan bertugas sebagai Penyelia Kanan Hal Ehwal Islam MALBATT 850-11 di Kem Marakah, Lubnan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan MALBATT 850-11 apabila rebah setelah turun dari bas di Kem Marakah.
Allahyarhamah disahkan meninggal dunia pada jam 2.25 pagi waktu Lubnan, Sabtu (7.25 pagi waktu Malaysia).
Sumber: Buletin TV3
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!