PERKONGSIAN anak kepada Bintara Muda Noor Rahiza Anuar yang merupakan antara 10 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut membuatkan seorang guru tadika terkejut.

“Kawan ma (ibu) cakap ma sudah tak ada.” Demikian menurut remaja perempuan berkenaan ketika mengambil adiknya di sebuah Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) di Teluk Muroh.

Menurut guru tadika yang dikenali sebagai Ila, pada mulanya mereka tidak mengetahui nahas berkenaan sebelum kakak kepada kanak-kanak perempuan, Nur Qistina Afiyah, 6, datang ke pusat asuhan itu kira-kira jam 10.30 pagi.

Baca ni ‘Last dah… takut tak dan.’ Ajak bergambar & nasi berlaukkan ikan masin serta telur, permintaan terakhir mangsa nahas helikopter kepada kakak

“Selalu ibu bapa murid itu akan beritahu kalau nak ambil cuma kakak dia datang mengejut kata nak ambil Afiyah saja.

“Bila guru kelas tanya kenapa sebab tengok dia (kakak Afiyah) menggeletar, dia cakap ‘tak tahu dia kata kawan-kawan ma suruh ambil adik-adik sebab ma sudah tiada,” katanya.

Katanya, mereka yang hairan dengan maksud’ ma sudah tiada’ mahu menghubungi ibu kanak-kanak itu namun sebelum sempat menelefon wanita berkenaan, mereka melihat berita mengenai nahas terbabit di media sosial.

“Kanak-kanak itu berusia enam tahun dan bersekolah di sini sejak tahun lalu. Selalu arwah ibu dia akan hantar kadang-kadang abang, kakak dan bapa. Semalam baru jumpa arwah, tengok dia hantar anak bongsunya itu.

Baca juga ‘Berbahagialah, aku tidak akan mengganggu lagi…’ Seperti satu petanda, status WhatsApp milik juruterbang helikopter bertembung di Lumut tular

“Saya dan cikgu lain masih terkejut dan terbayang senyuman mak dia datang ambil anaknya,” katanya.

Selain Noor Rahiza, mangsa yang terkorban dari HOM-AW139 dikenal pasti sebagai Kdr Muhammad Firdaus Ramli; Lt Kdr Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin; Lt Kdr Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi; PW II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun; PW II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy dan LK I JJM Joanna Felicia anak Rohna.

Baca lagi Suami sepupu Eyra Hazali salah seorang korban helikopter bertembung di TLDM Lumut

mangsa helikopter

Iklan

Manakala dari pesawat Fennec dikenal pasti Kdr Muhamad Amir Mohamad; Lt T Sivasutan dan PW II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Iklan