Pengalaman cipta rasa teh yang pelbagai di 'Time for Twinings'!

Iklan

TWININGS Malaysia menghidupkan tradisi teh yang kaya melalui acara Time for Twinings di Sabah hasil kerjasama dengan The Oak Street, sebuah kafe tempatan yang terkenal di Kota Kinabalu pada 29 November lalu.

TWININGS Malaysia menghidupkan tradisi teh yang kaya melalui acara Time for Twinings di Sabah hasil kerjasama dengan The Oak Street, sebuah kafe tempatan yang terkenal di Kota Kinabalu pada 29 November lalu.

Acara kemuncak acara itu adalah persembahan video istimewa oleh Stephen Twining iaitu generasi ke-10 keluarga Twinings.

Para tetamu diperkenalkan kepada warisan luar biasa Twinings dan memahami keistimewaan teh jenama ini. Perkongsian menarik oleh Stephen memberikan penghargaan mendalam kepada hadirin tentang legasi Twinings.

Tetamu juga berpeluang berinteraksi dengan Twinings Experience Baru yang mana pakar membantu mereka mencipta campuran teh peribadi. Pengalaman tersebut membolehkan para hadirin meneroka pelbagai jenis teh Twinings dan menemui cara baru untuk menikmati jenama ini dalam rutin harian mereka.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Tiga demonstrasi teh telah dilakukan pada acara tersebut yang mempamerkan kepelbagaian Twinings. Para tetamu dapat menyaksikan sendiri cara mencipta minuman segar seperti Unexpected Delicious yang menggabungkan Earl Grey dengan puri markisa tropika, sirap timun dan jus limau.

Seterusnya, Peach & Strawberry Iced Tea iaitu gabungan teh Peach Twinings dengan sirap strawberi dan jus lemon serta Fruity Shades of Grey iaitu campuran Earl Grey dengan Four Red Fruits dan sedikit limau untuk rasa yang seimbang dan beraroma.







Menurut Pengurus AB Food & Beverages Thailand Ltd di Malaysia, Gina Low, mereka sangat gembira dapat membawa acara Time for Twinings ke Sabah yang mana memberikan peluang kepada peminat teh untuk meneroka Twinings of London dalam suasana yang interaktif dan menyeronokkan.

"Ini adalah acara pertama kami di rantau ini dan kami teruja untuk berkongsi kepakaran Twinings yang kaya dengan sejarah lebih 300 tahun.

"Dengan pelbagai pilihan rasa yang memenuhi selera setiap individu, Twinings menawarkan pengalaman teh yang serba boleh dan boleh dinikmati dengan pelbagai cara, menghubungkan orang ramai melalui kegembiraan teh premium," kata beliau.

Teh premium Twinings boleh didapati di Shopee, Lazada dan peruncit utama di seluruh negara yang membolehkan semua orang mencipta pengalaman teh yang sempurna mengikut citarasa masing-masing.