Cucu dalam dewan hadapi SPM, nenek di luar baca Yasin & berzikir runtun hati. 'Pelajar cemerlang, ibu meninggal dunia tahun lepas'

Iklan

SAYANGNYA seorang nenek, sanggup hadir ke sekolah ketika cucu sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menerusi sebuah video yang tular di laman sosial TikTok, aksi wanita warga emas itu mengundang sayu warganet.

Iklan
Iklan

Beliau yang duduk bersendirian di kawasan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Lenggong itu khusyuk membaca al-Quran buat penerang hati cucu tersayang.

MRSM Lenggong, Perak.

Iklan

"Cucu dalam dewan peperiksaan SPM, nenek menunggu di luar memba surah Yassin dan berzikir untuk cucu.

"Semoga dipermudahkan segala urusan nenek dan dipanjangkan umur," kongsi @c_s.ihsan.

Iklan

Lebih memilukan, menurut seorang guru, ibu pelajar berkenaan sudah meninggal dunia pada Oktober lalu.

Peperiksaan bertulis SPM 2024 bermula pada 2 Januari 2025 dan berakhir pada 6 Februari 2025.

Hantaran berkenaan yang meraih hampir 1 juta tontonan meruntun hati warganet.

Rata-rata tersentuh melihat inisiatif warga emas berkenaan sedaya upaya memberikan yang terbaik kepada cucunya sementelah si ibu sudah tiada.

"Setakat baca Yassin ini pun air mataku sudah bertakung, apabila nampak makcik tu urut kaki sebab kebas atau lenguh, air mata terus jadi air terjun. Moga dipermudahkan urusan dua beranak ini."

"Jika cucunya ada baca komen, ingatlah awak sangat bertuah kerana mempunyai nenek yang hebat."

"tisu mana tisu. Kami cemburu dengan cucu nenek ini. Semoga awak boleh membanggakan nenek awak dik. Allahuakhbar."

Sekadar info, ibu bapa kepada calon peperiksaan boleh mengamalkan langkah berikut yang disarankan Datuk Dr Fadzilah Kamsah.

Lakukan mengikut urutan dan membaca surah Yasin sebagai ikhtiar penerang hati.

1. Ambil wuduk

2. Menghadap kiblat.

3. Mengucap dua kalimah syahadah (tiga kali)

4. Membaca Al-Fatihah (10 kali)

5. MembacaS urah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas (tiga kali)

6. Membaca Surah al-Insyirah (sekali)

7. Berselawat ke atas Nabi (10 kali)

8. Membaca Yasin (sekali)

9. Surah al-Insyirah 100x 10. Niatkan di dalam hati supaya ALLAH SWT mempermudahkan anak-anak menjawab soalan dengan tenang, betul, tepat dan sempurna.

Amalan ini boleh dilakukan sama ada di rumah atau di tempat kerja atau di mana sahaja ketika anak-anak sedang berada di dewan peperiksaan.

Sumber: TikTok, Facebook