Budak 8 tahun tiba-tiba hilang penglihatan! Doktor ini dedah, rupa-rupanya berpunca dari makan makanan berproses

Iklan

TIDAK boleh bayangkan penglihatan yang elok dan baik, tiba-tiba hilang buat selama-lamanya.

TIDAK boleh bayangkan penglihatan yang elok dan baik, tiba-tiba hilang buat selama-lamanya.

Itulah yang terjadi kepada murid darjah dua ini yang sering dihidangkan dengan makanan berproses sejak dari bayi.

Iklan
Iklan

Seorang pegawai perubatan, Dr Erna Nadia menceritakan semula kejadian yang menimpa kanak-kanak berumur 8 tahun itu yang menyedari penglihatannya hilang semasa sesi pembelajaran di sekolah.

"Teacher, why I can’t see anything?," soal pelajar itu sambil menjerit.

Iklan

Keadaan itu menyebabkan seluruh kelas terkejut dan guru kemudiannya dengan segera menghubungi ibu ayah murid tersebut untuk dihantar ke hospital.

"Setelah diperiksa dan dilakukan pelbagai pemeriksaan yang mengambil masa sehari dua, result come out Vitamin A Deficiency. Kekurangan Vitamin A yang teruk. Terduduklah ibu ayahnya.

Iklan

"Bila pakar pemakanan siasat, anak ini cuma makan makanan proses (processed food) sahaja iaitu nuget, sosej, dan biskut (cookies) sejak dari bayi sampailah ke darjah dua.

"Bunyi macam hek eleh kau biar betik doktor? Takkan itu je makanan budak tu? ' Ya betul'," jelasnya.

Tambah beliau, kejadian ini benar-benar berlaku di Malaysia dan ibu bapa pelajar berkenaan bukanlah golongan orang biasa.

Sewaktu kisah ini dikongsikan oleh rakannya, Dr Erna mula berasa marah kerana ada ibu bapa yang seperti itu namun apabila difikirkan semula, kesibukan dengan kerja menjadi punca kepada masalah ini.

"Buta ini tidak dapat dipulihkan. Sebagai ibu, jika kita tak dapat masak selalu sebab sibuk, tapi kita cubalah beli makanan yang betul-betul makan lengkap. Nasi ayam pun okay, bihun sup pun okay, dan kena paksa juga mereka makan makanan yang sihat.

"Kalau kena suap pun tak apalah janji mereka makan makanan yang betul-betul makanan supaya mereka dapat nutrisi itu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Dr. Erna turut menyatakan bahawa suplemen tambahan seperti vitamin tidak membantu anak-anak mendapat khasiat makanan yang betul (real food). Beliau turut menyifatkan dia kasihan dengan ibu ayah pelajar itu kerana tahu bukan mudah untuk diterima.