Hadap gajet sampai tolak tepi tanggungjawab diri! Pakar motivasi ini kongsi cara kreatif disiplinkan anak

Iklan

TIDAK dinafikan, anak-anak sekarang lebih terdedah kepada gajet berbanding dunia luar. Lebih-lebih lagi teknologi sekarang yang cukup canggih memaksa kita untuk beri pendedahan tersebut kepada mereka.

TIDAK dinafikan, anak-anak sekarang lebih terdedah kepada gajet berbanding dunia luar. Lebih-lebih lagi teknologi sekarang yang cukup canggih memaksa kita untuk beri pendedahan tersebut kepada mereka.

Namun, jangan lepaskan begitu sahaja tanpa kawalan ibu ayah. Misalnya seperti pakar motivasi, Dr Tengku Asmadi yang mengakui, beliau membenarkan anak-anak memegang gajet namun diselitkan juga dengan aktiviti yang lain.

Iklan
Iklan

"Anak-anak sekarang lebih cenderung kepada gajet. Maka, kita perlu bijak mengendalikan situasi ini. Contohnya, anak saya yang berumur 11 tahun, pernah saya tegur, 'Mai sini, asyik dengan telefon saja' Tetapi dia termenung dan berkata, 'Kalau tak ada telefon, Amna nak buat apa?' Dia tidak tahu apa yang boleh dilakukan selain bermain dengan telefon.

"Oleh itu, saya bimbing mereka dengan menunjukkan pelbagai aktiviti lain. Saya berikan contoh, 'Mari kita melukis, mengecat, atau membaiki barang'. Banyak sebenarnya perkara yang boleh dilakukan, tetapi kita sebagai ibu bapa perlu mengisi masa mereka dengan aktiviti yang bermakna. Jika tidak, mereka akan kembali kepada gajet kerana tidak tahu apa lagi yang boleh dilakukan," kata beliau dalam sebuah program Summit Parenting 2025 baru-baru ini.

Iklan

Tambah Dr Asmadi, pendekatan anak-anak zaman dahulu berbeza dengan sekarang. Sebagai itu bapa, kita harus bijak untuk menarik perhatian anak-anak untuk tidak terus hanyut dalam penggunaan gajet sehingga merosakkan disiplin dan masa depan mereka.

Iklan

"Anak zaman sekarang juga berbeza dari segi cara mereka bermotivasi. Dulu, jika ibu bapa berjanji 'belajar rajin-rajin, dapat nombor satu, mak beli basikal baru' kita akan berusaha. Tetapi anak-anak sekarang, jika dijanjikan basikal baru, mereka tidak terkesan.

"Oleh itu, saya gunakan pendekatan lain. Contohnya, jika kerja sekolah tidak siap, saya akan ambil telefon mereka. Kali pertama, saya simpan telefon sehari. Jika masih berulang, saya simpan tiga hari, kemudian seminggu, dan jika perlu, sebulan.

"Satu, boleh bagi, tapi kita kena tahu apa yang dia guna, apa yang dia install. Kita kena tahu password dia. Sebab itu, sesekali saya ambil telefon anak, saya ambil iPad anak. Sekiranya saya tak boleh access, saya kata, 'Kenapa tukar password? Kenapa nak tukar password? Nak berkawan dengan siapa? Nak access ke laman web yang macam mana? Jangan tukar password. Awak tukar password, saya ambil telefon. Awak tukar password, saya ambil iPad'. Jadi, kita control.

"Saya juga menetapkan syarat, anak-anak hanya boleh menggunakan gajet jika mereka solat lima waktu dan lebih baik solat di awal waktu. Jika saya dapati mereka bermain game hingga solat lambat atau tertinggal, saya akan tarik gajet tersebut.

"Kesannya, anak-anak saya akan memastikan kerja sekolah disiapkan tepat pada masanya dan solat dilaksanakan. Mereka tahu, jika gagal, mereka akan kehilangan telefon," jelas beliau.

Dalam pada itu, selain hanya bergantung pada gajet, beliau juga memberi cadangan untuk sibukkan anak-anak dengan aktiviti lain di luar sana yang lebih memberi manfaat pada mereka.

"Namun, anak-anak ini bijak. Anak saya pernah berkata kepada gurunya, 'Cikgu, saya siapkan semua kerja sekolah di sekolah kerana ayah akan ambil telefon kalau ada kerja sekolah tak siap'. Dia sanggup tidak turun makan di kantin dan membawa bekal untuk memastikan semua kerja selesai sebelum pulang ke rumah.

"Menyedari ini, saya pastikan mereka sibuk dengan aktiviti lain yang bermanfaat. Contohnya, saya masukkan mereka ke dalam kelas boling yang dikendalikan oleh seorang bekas pemain bowling negara, Saidatul Afifah. Aktiviti seperti ini bukan sahaja menjauhkan mereka daripada gajet, tetapi juga memberikan mereka peluang untuk berkembang dalam sukan," ujar beliau.

Jika kita ingin memisahkan anak-anak daripada gajet, kita perlu menyediakan alternatif berupa aktiviti yang bermakna. Anak-anak yang cerdik pada masa depan bukan hanya rajin membaca seperti zaman dahulu, tetapi mereka juga perlu bijak menguasai teknologi, disiplin, dan kemahiran lain yang relevan dengan dunia moden.