'Sampai hati ayah…' Wanita ini tak sangka 12 jam selepas pertemuan terakhir, bapanya dijemput Ilahi

Iklan

KEHILANGAN insan tersayang adalah sesuatu yang sukar diterima, lebih-lebih lagi apabila pemergian itu berlaku secara tiba-tiba.

Begitulah yang dilalui oleh seorang wanita bernama Wan Nor Asikin. Menerusi hantaran di TikTok muliknya, beliau berkongsi kisah duka dan detik-detik terakhir bersama ayah tercinta.

Iklan
Iklan

Menerusi video yang dimuat naiknya itu, Wan Nor Asikin memaparkan kenangan indah bersama Allahyarham bapanya yang ketika itu kelihatan sihat sewaktu di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Pada pagi tersebut, sekitar jam 9.30 pagi, wanita itu menemani bapanya dan sempat melambai ayah dari jauh sebelum dia turun ke terminal bas.

Iklan

Tidak pernah terlintas di fikiran bahawa itu adalah lambaian terakhir buat insan tersayang. Hanya dalam tempoh 12 jam selepas pertemuan itu, berita duka menghampirinya apabila kira-kira jam 9.30 malam, beliau menerima panggilan yang memaklumkan bapanya telah kembali ke rahmatullah.

"Hantar ayah di TBS setelah toga minggu di Kuala Lumpur rumah anak-anak. Pukul 9.30 malam hari yang sama, ayah telah disahkan meninggal dunia. Sampai hati ayah," ungkap Wan Nor Asikin menerusikapsyendi TikTok miliknya.

Iklan

Kisah ini bukan sahaja menyentuh hati, malah mengingatkan kita tentang betapa rapuhnya kehidupan.

Rata-rata warga maya menitipkan ucapan takziah sambil mengakui cukup sebak membaca kisah tersebut. Bahkan ada yang turut berkongsi situasi yang sama dialami mereka.

"Ayah saya 5 minit sebelum meninggal suruh saya buat air milo,habis bancuh ayah tiba2 jatuh pastu dia ckp jangan nanges,ayah ada ni.Pastu terus meninggal"

"Sebiji sama macam video ni lambai abah di kl sentral untuk naik train balik ke taiping. Abah baru balik dari checkup IJN masa tu dengan mak. Abah lambai tapi tak peluk pun. Rasa ralat taktahu kenapa tapi pujuk hati minggu depan checkup jumpa lagi."

Kawan saya..mak dia hantar ke KLIA nk balik Mesir. dia sampai Mesir. mak dia sampai Kedah, mak dia meninggal ,"

"Allahu Akbar.sedehnya ... Allah lbh sygkn ayah sis..Redha & relakan pemergiannya.Be strong."

"That word ‘sampai hati ayah’, meruntun jiwa buat mata ni lagi banjir. Salam takziah buat keluarga. sedih sangat lah tengok vtt ni."

Melalui perkongsian ini, ia menjadi satu peringatan buat kita semua untuk menghargai setiap saat bersama insan tersayang. Sesungguhnya, waktu itu tidak pernah menunggu, dan kasih sayang yang diberikan hari ini mungkin menjadi kenangan indah untuk dikenang selama-lamanya.

Al-Fatihah buat Allahyarham.