SUAMI isteri dan tiga cahaya mata dilaporkan hilang sekali gus menimbulkan tanda tanya sejak Jumaat lalu.
Kecoh sosial media guru, Anis Huda Amir Hamzah, 37 dan suami, Nik Muhammad Ersyad Afifi Tajuddin serta dan tiga anak mereka hilang jejak selepas kali terakhir berhubung dengan keluarga sekitar pukul 11 malam, Jumaat.
Namun segalanya terjawab apabila mereka selamat pulang ke rumah di Klang, Selangor sekitar jam 11.30 malam, hari Ahad.
Berikut kronologi kehilangan yang dilaporkan media:
1-Bapa mangsa, Amir Hamzah Nordin, 65, yang gagal bertanya khabar cucunya pada Sabtu lalu membuatkan warga emas itu berasa ada sesuatu yang tidak kena.
2-Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, mangsa yang hilang membabitkan pasangan suami isteri masing-masing berusia 37 tahun serta tiga anak mereka berusia 5, 8 dan 10 tahun.
3-Beliau berkata, kehilangan mangsa dimaklumkan adik bongsu mangsa, Afina Huda Amir yang belajar di Shah Alam menerusi laporan polis.
4-Lima beranak berkenaan dilaporkan keluar dari rumah mereka di Klang dengan menaiki sebuah kenderaan jenis Perodua Alza.
5-Pengadu menerima satu rakaman video daripada kakaknya yang menyatakan mangsa sekeluarga berada di dalam keadaan selamat.
6-Bagaimanapun, mangsa tidak menyatakan lokasi sebenar mereka berada, namun mendakwa berada di sebuah satu lokasi kawasan perkhemahan.
7-Pihak polis yang cuba mengesan mangsa meminta orang ramai untuk tampil jika mempunyai maklumat mengenai keberadaan mereka.
8-Amir Hamzah pada Isnin memaklumkan anak perempuan sulungnya dan keluarga sudah selamat pulang ke rumah.
9-Beliau berkata,"kehilangan" lima beranak itu timbul selepas mereka pergi ke tapak perkhemahan tanpa memaklumkan kepada ahli keluarga lain.
"Mereka pergi berkhemah dan tempat itu tak ada (line) liputan.
"Selalunya mereka maklum tetapi hari itu entah macam mana mereka terlupa nak maklum. Jadi kami susah hati," ujarnya.
Sumber: Berita Harian, Sinar Harian