Cukup makan untuk seorang meskipun berbadan dua! Elak risiko bayi besar dalam perut

Iklan

KEHAMILAN adalah anugerah yang membawa harapan dan kebahagiaan, tetapi ia juga boleh mendatangkan pelbagai cabaran kesihatan kepada bakal ibu. Salah satu daripadanya ialah kelahiran bayi dengan berat melebihi empat kilogram atau lebih dikenali sebagai makrosomia fetal.

KEHAMILAN adalah anugerah yang membawa harapan dan kebahagiaan, tetapi ia juga boleh mendatangkan pelbagai cabaran kesihatan kepada bakal ibu. Salah satu daripadanya ialah kelahiran bayi dengan berat melebihi empat kilogram atau lebih dikenali sebagai makrosomia fetal.

Menurut pegawai perubatan di Klinik Aurora, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, Dr Nur Rusydina Zulkefli, anggaran berat itu boleh dibuat melalui imbasan jika bayi masih berada dalam kandungan.

Dalam imbasan tersebut, doktor akan melihat pada bahagian EFW (Estimated Fetal Weight) dan juga ukuran lilit perut bayi. Sekiranya imbasan menunjukkan EFW melebihi 95th centile, terdapat risiko bayi tersebut besar.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Sebelum imbasan dilakukan, doktor akan bertanya tentang sejarah perubatan dan kehamilan terdahulu.

Walau bagaimanapun, berat bayi semasa imbasan tidak semestinya sama tepat dengan berat bayi sewaktu dilahirkan kerana ia hanyalah anggaran.

Antara kaedah untuk mengesan bayi besar adalah:
  • Mengukur ketinggian fundus – Fundus merujuk kepada panjang dari bahagian atas rahim ibu ke tulang pubis. Ketinggian fundus yang lebih besar daripada biasa mungkin petanda kepada makrosomia.
  • Cecair amniotik berlebihan (polihidramnios) – Jika terdapat terlalu banyak cecair amniotik (cecair yang mengelilingi dan melindungi bayi semasa kehamilan), ini boleh menjadi petanda bahawa bayi anda lebih besar daripada purata.
  • Jumlah cecair amniotik berkait rapat dengan pengeluaran air kencing bayi.
Beberapa keadaan yang menyebabkan bayi menjadi lebih besar juga mungkin meningkatkan pengeluaran air kencing bayi tersebut.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada bayi besar seperti :
  • Penyakit kencing manis (diabetes) – Sama ada penyakit kencing manis sebelum kehamilan atau GDM (Gestational Diabetes Mellitus) semasa mengandung.
  • Bangsa dan baka – Faktor genetik jika ibu atau bapa bertubuh besar dan tinggi, risiko bayi besar juga meningkat.
  • Sejarah bayi besar – Jika pernah melahirkan bayi besar sebelum ini, ada risiko kehamilan seterusnya juga menghasilkan bayi besar.
  • Umur ibu – Ibu yang berumur lebih 30 tahun lebih berisiko.
  • High parity – Semakin banyak kali mengandung, semakin tinggi risiko untuk mendapat bayi besar.
  • Post-term pregnancy – Kehamilan yang melebihi tarikh jangkaan juga boleh menyebabkan bayi besar.
  • Pertambahan berat badan ibu – Berat badan ibu yang naik berlebihan semasa hamil turut meningkatkan risiko.
  • Bayi lelaki – Secara umum, bayi lelaki lebih berisiko besar berbanding bayi perempuan.
Menurut pakar itu lagi, potensi berlakunya komplikasi semasa proses kelahiran bayi besar tinggi untuk pembedahan caesarean disebabkan faktor seperti pelvis ibu yang kecil dan bayi besar yang sukar melalui laluan bersalin sehingga menyebabkan proses kelahiran menjadi lambat (poor progress).



Pemeriksaan pranatal

Bukan itu sahaja, jika bersalin normal, risiko untuk mengalami koyakan darjah ketiga (third degree tear) atau darjah keempat (fourth degree tear) adalah lebih tinggi.

Keadaan ini boleh menjadi sangat menyakitkan dan memerlukan rawatan lanjut.

Selain itu, boleh juga berlaku shoulder dystocia iaitu keadaan yang mana kepala bayi berjaya keluar tetapi bahu tersangkut.

Ia boleh menyebabkan komplikasi seperti patah tulang tulang selangka dan kerosakan saraf pada bahagian bahu.

"Bayi yang lahir dengan berat lebih daripada empat kilogram juga berisiko untuk mengalami obesiti, berat badan berlebihan dan sindrom metabolik apabila dewasa.

"Namun, dengan kemajuan perubatan, komplikasi seperti ini semakin jarang berlaku.

"Jika doktor mengesan bayi besar semasa imbasan, mereka akan menasihatkan pembedahan caesarean lebih awal untuk mengelakkan risiko yang serius,” jelasnya.

Justeru, penting untuk ibu hamil jaga pemakanan. Pastikan diet sihat dan seimbang.

Elakkan makan untuk dua orang, cukup sekadar makan mengikut bahagian untuk seorang.

Kebanyakan doktor menyarankan agar wanita hamil hanya menambah berat badan sekitar 11 hingga 16 kilogram, iaitu jumlah ideal semasa kehamilan.

Namun, ini hanyalah garis panduan umum dan tidak semestinya sesuai untuk setiap individu.

Doktor akan berkongsi jumlah peningkatan berat badan yang ideal berdasarkan keadaan anda.

Selain itu, bagi bakal ibu yang mempunyai diabetes atau GDM, sangat penting untuk menjaga paras gula untuk elak komplikasi pada bayi.

Mengawal pengambilan gula semasa kehamilan adalah salah satu cara terbaik untuk membantu mencegah makrosomia fetal.

Pemeriksaan pranatal sangat penting semasa kehamilan kerana ia membolehkan doktor memantau perkembangan dan menjalankan ujian bagi memastikan semuanya dalam keadaan normal.

Malah, ia juga sebagai persediaan kepada doktor sekiranya terdapat tanda-tanda bayi dalam kandungan anda bersaiz besar.