SAFI Malaysia, jenama penjagaan kulit halal terkemuka, dengan bangganya memperkenalkan rangkaian Safi Perfect White Exfoliate yang menggabungkan bahan-bahan terkini dengan harga berpatutan.
Pakar Jenama dan Penyelidikan untuk Safi Malaysia, Kazlina Kassim berkata, produk tersebut turut membantu mengurangkan penampilan bintik gelap untuk kulit sensitif, menjadikannya pilihan sempurna untuk semua jenis kulit.