Kanser bukan hanya benjolan! Batuk berpanjangan & berat turun mendadak pun boleh jadi petanda

Iklan

BAGI yang belum tahu, 4 Februari merupakan Hari Kanser Sedunia. Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil kesempatan ini untuk berkongsi 10 jenis kanser tertinggi dalam kalangan rakyat Malaysia menurut Malaysia National Cancer Registry Report (MNCR) 2017-2021.

BAGI yang belum tahu, 4 Februari merupakan Hari Kanser Sedunia. Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil kesempatan ini untuk berkongsi 10 jenis kanser tertinggi dalam kalangan rakyat Malaysia menurut Malaysia National Cancer Registry Report (MNCR) 2017-2021.

Ini sebagai galakan dan membuka mata orang ramai untuk menjalani saringan dan rawatan awal. Antaranya:-

Iklan
Iklan

1.Kanser payudara

2.Kanser kolorektal (usus)

Iklan

3.Kanser paru-paru

4.Limfoma

Iklan

5.Kanser hati

6.Kanser prostat

7.Leukemia

8.Kanser nasofarinks

9.Kanser pangkal rahim (serviks)

10.Kanser ovari

Berdasarkan senarai ini, jelas menunjukkan bahawa kanser payudara, kolorektal dan paru-paru adalah tiga jenis kanser yang paling banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia.

Oleh itu, pengesanan awal kanser adalah penting dan dapat meningkatkan peluang untuk sembuh.

Lakukan saringan kanser secara berkala dan amalkan gaya hidup sihat seperti pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal secara teratur serta menghindari rokok dan alkohol.

Dalam pada itu, dalam perkongsian Public Health Malaysia, portal itu ada berkongsi tanda-tanda yang sering tidak disedari.

Ini kerana ramai yang menganggap asal kanser sahaja, mesti ada benjolan atau sakit yang berterusan. Namun sebenarnya ada tanda-tanda halus yang kita selalu abaikan.

Jangan terkejut kalau gejala yang anda anggap biasa rupanya boleh menjadi petunjuk awal penyakit tersebut. Antaranya:-

Batuk berpanjangan atau suara serak – lebih dari 3 minggu? Jangan anggap ia cuma batuk biasa.

Luka yang lambat sembuh – terutamanya di mulut atau kulit, boleh jadi tanda awal kanser.

Perubahan pada najis atau air kencing – sembelit, cirit-birit berterusan, atau darah dalam najis? Ini boleh menjadi tanda kanser usus.

Penurunan berat badan mendadak – jika tanpa diet atau senaman, ini mungkin petunjuk sesuatu yang serius.

Rasa letih melampau – bukan sekadar penat biasa, tetapi letih yang tidak hilang walau cukup tidur.

Perubahan pada kulit – tompok gelap, tahi lalat yang berubah bentuk atau warna, boleh jadi petanda awal kanser kulit.

Jika ada simptom yang berlarutan atau luar biasa, dapatkan pemeriksaan segera. Kanser yang dikesan awal lebih mudah dirawat.

Sayangi diri, jangan tunggu sehingga terlambat!