Padat dengan aktiviti! Tidak sempat bosan atas kapal mewah Genting Dream

Iklan

PERCUTIAN menjadi lebih luar biasa apabila anda bukan sahaja dapat melawat destinasi menarik, tetapi juga menikmati pelbagai hiburan dan aktiviti di atas kapal pelayaran mewah, Genting Dream.

PERCUTIAN menjadi lebih luar biasa apabila anda bukan sahaja dapat melawat destinasi menarik, tetapi juga menikmati pelbagai hiburan dan aktiviti di atas kapal pelayaran mewah, Genting Dream.

Iklan
Iklan

Kapal ini menjanjikan pengalaman unik yang pasti meninggalkan kenangan manis untuk anda.

Baru-baru ini, penulis berpeluang menyertai pelayaran selama tiga hari dua malam, dari Singapura ke Melaka, kemudian kembali semula ke Kota Singa tersebut.

Iklan

Ketika di atas kapal, kami sempat berhibur dengan persembahan hebat dua penyanyi tersohor tanah air, Tomok dan Siti Nordiana yang tampil dalam konsert eksklusif LIVE MUSIC @ SEA di Zodiac Theater pada 20 Januari lalu.

Iklan

Selain itu, terdapat juga persembahan lain yang mengagumkan daripada pasukan produksi teater profesional di atas kapal tersebut.

Tidak cukup dengan hiburan, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan untuk anda terokai. Antaranya, Rock Climbing, Rope Course & Zipline, Mini Golf, Arcade, Karaoke, dan Glow Bowling.

Bila berada atas kapal, inilah waktu yang sesuai untuk anda manjakan diri dengan curi masa untuk me time sambil tenangkan diri dan fikiran di The Spa yang menawarkan ruang santai untuk menyegarkan minda, tubuh dan jiwa.

Bufet halal

Tidak ketinggalan, bagi kalian yang ingin bersukan, terdapat The Gym & Jogging Track untuk mengekalkan gaya hidup sihat sambil bercuti di atas kapal mewah.

Bagi yang bercuti bersama anak, jangan risau kerana pihak Little Dreamers Club menyediakan pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti permainan, bengkel dan parti kostum untuk kanak-kanak berusia dua hingga 12 tahun.Selain itu, kapal itu turut dilengkapi dengan pentas persembahan langsung dan skrin LED gergasi. Soalan yang sering timbul pastinya berkaitan makanan, tetapi anda tidak perlu risau kerana The Lido, restoran bufet halal menawarkan pelbagai masakan antarabangsa.

Jika anda peminat makanan Jepun, kunjungi Umi Uma Teppanyaki, restoran yang menggabungkan kemewahan dan persembahan teppanyaki yang mengagumkan.

Dari segi penginapan pula, Genting Dream menyediakan pelbagai pilihan bilik yang selesa mengikut cita rasa anda. Antaranya oceanview stateroom, interior stateroom, balcony class, palace suite, palace penthouse dan palace villa.

Bagi yang ingin merasai pengalaman lebih eksklusif, boleh memilih The Palace, konsep hotel butik ship-within-a-ship yang menawarkan layanan mewah dengan kemudahan peribadi dan perkhidmatan butler 24 jam.

Reka bentuk dan suasana di The Palace pasti memenuhi keinginan anda yang mahukan kemewahan maksimum semasa di atas kapal dan nikmati pengalaman yang hebat sambil anda menerokai keindahan Asia Tenggara.