‘Andai bumi terbelah, aku tetap cinta padamu…’ – Mr E titip doa buat Erra Fazira, luang masa bersama barbeku tepi sungai

Iklan

PRIMADONA kesayangan ramai, Erra Fazira sebelum ini dikhabarkan sedang mengenali hati budi seorang jejaka yang dikenali sebagai Mr E.

Iklan
Iklan

Hubungan mereka mula menjadi bualan apabila primadona itu memuat naik ucapan hari lahir istimewa buat Mr E, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat.

Terbaharu, pasangan tersebut dilihat menikmati waktu santai bersama di tepi sungai sambil berbarbeku.

Iklan

Momen santai yang dikongsikan Mr E melalui Instagram story jelas menunjukkan keakraban mereka, menguatkan lagi desas-desus mengenai hubungan istimewa antara mereka.

Biarpun pelakon Maria Mariana memilih untuk lebih berhati-hati dalam berkongsi kisah peribadi, wajah bahagia yang terpancar ketika bersama Mr E jelas tidak dapat disorokkan.

Iklan

Lebih mengundang perhatian, dalam hantaran berbeza, Mr E menitipkan ucapan penuh makna buat Erra sempena ulang tahunnya pada 9 Februari lalu.

"Andai bumi terbelah, aku tetap cinta padamu. Selamat ulang tahun buat kamu yang mempersonakan.

"Tahun ini menjadikan dirimu seorang insan yang lebih baik dan diberi kebahagiaan hingga akhir hayat,” titipnya.

Ucapan penuh romantis itu ditambah dengan muzik latar lagu Selalu Bahagia, Ya, seolah-olah menggambarkan isi hatinya terhadap ibu kepada Engku Aleesya itu.

Walaupun masih dalam fasa mengenali, peminat setia Erra terus mendoakan kebahagiaan buat dirinya.

Ramai yang berharap agar hubungan berkenaan membawa sinar baharu dan berakhir di jenjang pelamin.

Sekadar info, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek pernah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Yusri Abdul Halim pada 2003, namun bercerai pada 2006.

Beliau kemudian berkahwin dengan Engku Emran pada 25 Oktober 2007 dan berpisah pada 17 Februari 2014. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang puteri, Engku Aleesya yang kini berusia 15 tahun.