Bermula dengan sakit bahu, anak Amyza Aznan hidap kanser paru-paru tahap 3. 'Semua cakap abang kuat...'

Iklan

NALURI seorang ibu jarang sekali tersilap.

Iklan
Iklan

Begitulah yang dialami oleh pelakon terkenal, Amyza Aznan, apabila anak sulungnya, Andre Mikhail Khairul, mengalami gejala yang pada awalnya disangka hanya kekejangan otot.

Menurut Amyza, Andre yang aktif bersukan pada mulanya mengadu sakit bahu.

Iklan

Lama-kelamaan, simptom yang dialami anaknya semakin membimbangkan apabila disusuli dengan demam dan batuk berpanjangan.

Lebih merisaukan apabila anaknya mengalami kesukaran untuk tidur dalam keadaan baring kerana setiap kali berbuat demikian, anaknya akan diserang sesak nafas yang menyesakkan dada.

Iklan

Biarpun diuji dengan cabaran yang berat, Amyza kagum dengan ketabahan anaknya.

Andre dilihat tenang menerima ketentuan Ilahi, meskipun hakikatnya bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi.

"Ketika ditolak ke ICU untuk prosedur dia sangat tenang dan semua jururawat pun cakap yang anak saya sangat kuat," katanya.

Sebagai seorang ibu, Amyza tidak putus-putus berdoa agar anak kesayangannya diberikan kekuatan dan kesembuhan.

Dalam pada itu, beliau turut berharap agar orang ramai dapat menitipkan doa buat Andre supaya dipermudahkan segala urusan dan kembali sihat seperti sediakala.

"Saya merayu tumpangkan doa dari semua untuk keajaiban kesembuhan anak soleh Andre mikhail," titipnya.

Sebagai info, Amyza mendirikan rumah tangga bersama Khairil Idzhar Md Nazir pada 2004.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Andre Mikhail, Andrian Adam dan Ayden Andika.