Beauty with brain! Anak sulung Daphne Iking terima biasiswa, cemerlang dengan GPA 4.0. 'Inilah masa untuk seorang bapa berbangga dengan anaknya...'

Iklan

BUKAN sekadar memiliki raut wajah manis dengan tahi lalat di bawah bibir kiri, Isobel Daniella Iking turut membuktikan kecantikan itu seiring dengan kecemerlangan akademiknya.

Iklan
Iklan

Baru-baru ini, puteri sulung kepada pengacara dan personaliti televisyen, Daphne Iking, menjadi perhatian selepas diumumkan sebagai penerima biasiswa The Star Education Fund.

Berita gembira itu dikongsikan oleh suami Daphne, Azmi Abdul Rahman, yang meluahkan rasa bangga menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Iklan

Dalam perkongsian tersebut, Azmi atau pemilik akaun @joelebosi memuat naik beberapa keping foto Isobel menerima biasiswa serta keputusan cemerlangnya dengan Purata Gred Nilai (GPA) 4.0.

"Sekali lagi anak perempuan kami memperoleh markah sempurna, GPA 4.0. Inilah masa terbaik untuk seorang bapa berbangga dengan anaknya," tulisnya penuh bangga.

Iklan

Dalam hantaran berlainan, Daphne atau nama sebenarnya, Dahlia Daphne Eleanor Mozes Iking, turut dilihat menemani anaknya ke Majlis Penyampaian Anugerah Biasiswa 2024 tersebut yang berlangsung di Menara Star, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menzahirkan ucapan tahniah atas kejayaan Isobel pada usia yang begitu muda.

Namun, yang lebih mencuri tumpuan ialah ucapan penuh makna daripada ibu tersayang menerusi Instagram anaknya.

"Tahniah Beldis (panggilan manja). Apa yang perlu mama katakan, sudah mama sampaikan. Mama sayang kamu dan sangat berbangga dengan kamu. Syabas!" tulis Daphne.

Untuk rekod, Isobel Daniella yang sebelum ini menamatkan Program Asasi di Universiti SEGi kini melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan di universiti sama.

Semoga terus cemerlang, Isobel!