Lima bulan di sebalik tirai besi, Eda Ezrin dan rakan akhirnya bebas tuduhan miliki pil kuda

Iklan

Iklan
Iklan

[KEMASKINI] SELEPAS hampir lima bulan meringkuk di sebalik tirai besi, penyanyi dikir barat moden popular, Eda Ezrin akhirnya dibebaskan oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand hari ini.

Eda nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail bersama suami, Mohd Affendi Ahmad, serta empat rakan mereka Mohamad Alif Deraman, Nur Aida Mamat, Erdeka Mohd Noor, dan Zuhaira Nasri terlepas daripada tuduhan memiliki 6,059 biji pil yaba yang dikenakan ke atas mereka sejak 1 November tahun lalu.

Iklan

Iklan

Keputusan pembebasan dibuat selepas dua panel hakim meneliti semua keterangan saksi pendakwaan sepanjang prosiding perbicaraan.

Namun, mereka tetap dikenakan hukuman penjara enam bulan dan denda 4,000 baht (RM526) seorang atas kesalahan mengambil dadah.

Bagaimanapun tempoh pemenjaraan mereka dipendekkan daripada enam bulan kepada lima bulan sahaja kerana berkelakuan baik.

Manakala, bagi Erdeka dan Zuhaira, mereka turut berdepan denda tambahan RM526 kerana memasuki Thailand tanpa dokumen sah.

Suasana penuh emosi mula menyelubungi bilik perbicaraan apabila pelantun lagu Bea Sobar Bea bersama suami serta rakannya yang lain dilihat menangis dan berpelukan di kandang tertuduh selepas Mahkamah membebaskan mereka dari pertuduhan berkenaan pagi tadi.

Bagaimanapun, pelantun lagu 'Bea Sobar Bea' bersama rakannya yang lain masih perlu berada dalam penjara untuk tempoh sekurang-kurangnya satu hingga empat bulan lagi.

Menurut peguam yang mewakili Eda Ezrin, Sufian Abdul Aziz berkata, pembebasan mereka masih bergantung kepada kemungkinan pihak pendakwaan dalam mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah.

Oleh itu, mereka perlu menunggu perkembangan selanjutnya sebelum dapat pulang sepenuhnya.

"Untuk kesemua tiga pertuduhan sudah dianggap selesai hari ini di mana anak guam saya bebas daripada pertuduhan memiliki sejumlah pil yaba.

"Namun mereka perlu berada di penjara sekurang-kurangnya sebulan sehingga empat bulan lagi, menunggu sekiranya pihak pendakwaan mahu memfailkan rayuan terhadap keputusan hari ini.

"Beliau berkata, sekiranya rayuan yang dibuat oleh pihak pendakwaan selepas ini memihak kepada anak guamnya sebagaimana hari ini, maka kes berkenaan dianggap selesai sepenuhnya," ujarnya.