Bapa harap dapat sambut Aidilfitri bersama, pesanan Eda Ezrin buat ramai sebak. 'Jangan risaukan kami, tolong jaga dua anak saya'

Iklan

SEBELUM ini, SinarPlus melaporkan perkembangan terkini mengenai pelantun lagu Bae Soba Bae, Eda Ezrin, yang dibebaskan oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat daripada tuduhan memiliki 6,059 pil yaba.

Iklan
Iklan

Berita itu seakan-akan memberi sinar harapan buat seluruh ahli keluarga yang setia menunggu kepulangannya. Namun, kegembiraan itu masih tergantung dan belum pasti.

Peguam yang mewakili Eda Ezrin, Sufian Abdul Aziz, memaklumkan bahawa kebebasan anak seni itu adalah tidak mutlak.

Iklan

Namun, masih bergantung kepada keputusan pihak pendakwaan sama ada mahu mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah atau tidak.

Oleh sebab itu, Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail bersama suami dan empat rakannya perlu berada dalam penjara untuk tempoh sekurang-kurangnya satu hingga empat bulan lagi.

Iklan

Dalam suasana penuh sayu itu, bapanya, Wan Ismail Wan Yusoff, mendedahkan bahawa anak sulungnya itu sempat berpesan agar beliau menjaga dua cahaya matanya dengan baik.

"Dalam pertemuan singkat yang berlangsung kira-kira 10 minit itu, saya beritahu Eda Ezrin supaya fokus kepada kesihatan dan terus memohon keampunan Allah.

"Saya juga menasihatinya supaya tidak melewatkan waktu makan dan sentiasa ingat keluarga sangat menyayanginya, walau apa pun yang berlaku.

"Saya turut memberitahunya bekas isteri saya, Zahara Mamat serta ibu tirinya, Zuraihan Mahmod, akan sentiasa menyokongnya," kata lelaki berusia 52 tahun itu," kongsinya.

Menurut Wan Ismail, anak yang dimaksudkan oleh Eda Ezrin ialah cucu-cucunya, Raykal dan Baby Faira, yang masing-masing baru berusia sembilan dan lima tahun.

Kedua-dua mereka kini berada dalam jagaan nenek tersayang.

Sebagai seorang ayah, Wan Ismail terus menaruh harapan agar mereka sekeluarga dapat menyambut Aidilfitri dengan melihat keluarga kembali lengkap seperti dahulu.