TRADISI Raya 2025 dengan bangganya mempersembahkan Koleksi Raya 2025 yang menampilkan 14 rekaan eksklusif dalam pilihan bawal dan selendang bercetak serta polos.
Ia menggabungkan seni, tradisi dan inovasi moden.
Koleksi Arabesque diinspirasikan daripada keindahan seni hiasan Arabesque dengan corak simetri halus dalam tujuh warna menawan, manakala Koleksi Henna menampilkan lapan rekaan bawal bercetak yang menggabungkan elemen seni henna dengan sentuhan moden.
Bagi yang mencari keanggunan klasik, Koleksi Kesuma hadir dengan enam warna eksklusif dalam pilihan bawal dan selendang, menambahkan seri pada gaya tradisional sentuhan kontemporari.
Sementara itu, Koleksi Maryam Printed menawarkan sembilan corak bawal dan selendang bercetak, menggunakan fabrik premium seperti cotton voile dan matte satin untuk keselesaan serta kemasan mewah.
Setiap koleksi Tudungruffle direka untuk menyerlahkan keanggunan pemakai sambil mengekalkan elemen budaya dalam fesyen hijab moden.
Lebih istimewa, Tudungruffle mengumumkan kerjasama istimewa dengan Electrolux bagi memperkenalkan siri baharu UltimateCare™, yang direka khas dengan teknologi penjagaan lembut untuk hijab dan batik.
Kolaborasi ini mencerminkan kepentingan memelihara tradisi budaya sambil memanfaatkan teknologi moden.
Siri UltimateCare™ menampilkan teknologi inovatif yang direka untuk menjaga fabrik halus seperti hijab, selendang, dan batik tradisional. Cucian lembutnya mampu menyingkirkan kotoran tanpa merosakkan tekstur dan warna kain.