DMS Motors santuni anak yatim dan tahfiz sempena Ramadan, wujudkan usaha kebajikan berterusan menerusi DMS Care Program

Iklan

DI BULAN penuh keberkatan ini, kasih sayang dan keprihatinan menjadi pemangkin utama dalam mengeratkan hubungan sesama insan.

DMS Motors Sdn. Bhd., jenama yang sinonim dengan kemewahan dalam industri automotif, melangkah lebih jauh dengan menghulurkan tangan kepada mereka yang memerlukan melalui majlis Raikan Ramadan 2025.

Acara tersebut bukan sekadar satu perhimpunan sosial, tetapi satu manifestasi nilai kemanusiaan dan tanggungjawab sosial dalam memberi sinar kegembiraan kepada anak-anak tahfiz dan anak yatim.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan




Keuntungan material

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif DMS Motors, Datuk Mohamad Salim Abd Rahman, majlis ini bukan sahaja bertujuan untuk meraih keberkatan bulan Ramadan, tetapi juga untuk mengukuhkan ukhuwah dan semangat kebersamaan.





"Kami percaya bahawa rezeki yang ALLAH kurniakan perlu dikongsi dan dikembalikan kepada masyarakat sebagai tanda kesyukuran dan tanggungjawab sosial," ujar beliau.
DMS Motors mengutamakan nilai-nilai Islamik dalam setiap aktiviti perniagaan mereka.