Tampil lebih berani dengan koleksi Suave Black Label, 10 rekaan satin matte G2000 x Tudung Fazura menceriakan Syawal

Iklan

BOLEH rambang mata dibuatnya dengan koleksi Suave Black Label yang menawarkan 10 rekaan tudung yang diperbuat daripada fabrik satin matte premium.

Pengenalan G2000 x Fazura dengan seleksi rona lembut memang cantik digandingkan dengan busana formal atau sut untuk majlis rasmi ataupun sambutan Syawal yang bakal tiba.

Iklan
Iklan

Tidak sekadar hijab semata-mata, ia boleh disesuaikan sebagai skaf atau aksesori beg tangan bagi menyerlahkan lagi gaya elegan ketika menghadiri rumah terbuka.

Iklan

Lebih menarik, koleksi Spring/Summer 2025 G2000 yang diinspirasikan daripada fesyen nautika itu turut melengkapkan seri penampilan dengan Blazer Weekend Fit.

Iklan

Meskipun nampak santai, fabrik campuran bulu musim panas dan Teflon antikotoran berkenaan menyerlahkan sisi sofistikated si pemakai.

Kot yang diperbuat dengan teknologi ion perak antibakteria tersebut memastikan pemakai kekal segar walaupun dalam cuaca panas.