Kebolehan Mimi Fly mengalunkan ayat suci al-Quran raih pujian, rupanya pernah ikut pertandingan tilawah. 'Setiap Rabu saya dan abang...'

Iklan

PENYANYI dan bekas anggota kumpulan One Nation Emcees, Mimi Fly, meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang untuk mengalunkan ayat suci Al-Quran dalam sebuah program televisyen baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Menurut Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, beliau sudah sekian lama tidak meluangkan masa untuk mengaji sejak lagu-lagunya mendapat sambutan hangat dan meniti di bibir para peminat.

"Bersyukur sangat mereka panggil Mimi. Sejak mengeluarkan muzik semula, dah lama tidak mengaji. Jadi bila orang panggil untuk mengaji, Mimi sahut untuk kita belajar sebab ada ustaz untuk semak bacaan,”katanya.

Iklan

Mengimbau kembali kenangan zaman kanak-kanaknya, Mimi berkongsi bahawa sejak kecil, beliau telah menerima didikan agama yang baik daripada ibu bapanya, yang sentiasa menekankan kepentingan ilmu dan pegangan spiritual dalam kehidupan.

Iklan

"Semasa sekolah rendah, saya belajar di sekolah agama. Malah, setiap hari Rabu, abang dan saya akan mengaji di rumah jiran. Di situ, ada seorang ustaz dari Indonesia yang akan membimbing kami,” jelasnya seperti yang dilaporkan Hlive.

Lebih membanggakan, pelantun lagu Serumpun itu pernah menyertai pertandingan tilawah al-Quran ketika kecil.

Sebelum ini, SinarPlus pernah melaporkan bahawa alunan merdu bacaan ayat suci al-Quran oleh Mimi menerusi Surah al-Jaathiyah, ayat 20-21, telah mencuri perhatian ramai.

Keindahan suaranya yang penuh penghayatan bukan sahaja membuatkan peminat terpegun, malah menerima pujian daripada Ustaz Tarmizi yang turut terpukau dengan kelunakkan alunan tersebut.