Hafiz cilik luar biasa! Pernah tular hafal surah, Kini Ahmad Ziyad khatam al-Quran seawal usia 10 tahun. Inspirasi!

Iklan

Seorang kanak-kanak bernama Ahmad Ziyad sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila berjaya bergelar tahfiz seawal usia 10 tahun.

Lebih membanggakan, pencapaian hebat itu berjaya diraih hanya dalam tempoh lebih empat bulan.

Iklan
Iklan

Kisah yang sungguh berinspirasi itu dikongsikan menerusi media sosial milik Akademi al-Quran Akmal.

Hantaran video itu kemudiannya tular di aplikasi TikTok yang menunjukkan kanak-kanak tersebut bersalam dan memeluk kedua-dua ibu bapanya selepas selesai melakukan tasmik bagi menguji tahap pencapaian dalam penguasaan bacaan dan hafalan al-Quran.

Iklan

Menurut perkongsian itu, pihak akademi tersebut mendedahkan Ahmad Ziyad terpaksa mengharungi pelbagai cabaran sebelum berjaya khatam 30 juzuk al-Quran.

"Masha-Allah, hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba.

Iklan

Alhamdulillah, hari ini hafiz cilik berumur 10 tahun ini telah berjaya khatam 30 juzuk al-Quran.

"Setelah banyak bertarung dengan air mata dek kerana dia terlalu mudah untuk menangis. Tak capai sasaran, dia akan menangis. Tersangkut hafalan, juga dia akan menangis.

"Dan hari ini, ayat yang dikeluarkan dari mulutnya: ‘Saya tak nak dah datang esok’ menjadi kenyataan. Tahniah buat ibu ayah serta murabbiah yang mendidik,” ujarnya.

Untuk makluman, Ahmad Ziyad pernah tular di media sosial kerana menghafaz surah-surah sejak bayi lagi.

'