TAHNIAH diucapkan buat anak sulung mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dan kakak kepada penyanyi Dafi iaitu Nina Ismail Sabri yang mengumumkan sedang hamil anak kedua.
Berkongsi khabar gembira di Instagram, Nina sempat memuat naik sebuah video memaparkan anak sulungnya, Jeanelle Nika Mandagie memakai topi tertera 'Kakak.'
Pemilik nama sebenar Nina Sabrina Ismail Sabri juga turut memaklumkan kandungannya sudah memasuki trimester kedua.
Nina Ismail Sabri hamil trimester kedua, bakal sambut anak bersama suami baharu. 'Abah, kakak & mommy teruja nak jumpa baby HN'
Iklan