Selamat diijab kabul, Nina Ismail Sabri sah isteri Hafiz Osman dengan sekali lafaz

No Image Caption
A
A
A

TAHNIAH diucapkan buat anak sulung mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dan kakak kepada penyanyi Dafi iaitu Nina Ismail Sabri yang selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya, Hafiz Osman, semalam.

Dinikahkan sendiri oleh bapanya, Nina sah bergelar isteri kepada Hafiz hanya dengan sekali lafaz dan menerima seutas rantai emas sebagai mas kahwin.

Memilih busana sedondon serba putih, pasangan itu diraikan dalam majlis akad nikah di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

No Image Caption

Pemilik nama sebenar, Nina Sabrina Ismail Sabri yang berkongsi 'repost' suasana majlis menerusi Insta Story tampil anggun memakai busana pengantin potongan duyung dan veil yang berpotongan panjang.

No Image Caption

Artikel berkaitan:

‘Kami tidak mungkin membenci.’ Jovian Mandagie, Nina Ismail Sabri bercerai, ikatan perkahwinan 10 tahun terlerai

'Biar tak berkuasa jangan tak berprinsip', 5 fakta menarik Nina Ismail Sabri paling diingati

Anak menantu Perdana Menteri sumbang duit jualan mask, turun padang sendiri bantu golongan memerlukan

Kehadiran permata hati tunggalnya, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia tujuh tahun sebagai flower girl dalam perarakan masuk Nina ke ruang dewan menjadi perhatian.

Manakala, Dafi kelihatan membawa masuk dulang hantaran diikuti Ismail Sabri dan isteri Datuk Seri Muhaini Zainal Abidin yang sedondon dalam busana perang muda.

Terdahulu, Hafiz telah memuat naik satu video di Instagram memaparkan momen bahagia ketika beliau melamar Nina.

No Image Caption

Ujar Hafiz, pameran seni itu sebenarnya adalah sebahagian daripada rancangannya untuk melamar Nina pada 21 September lalu.

Sekadar info, Nina pernah berkahwin dengan pereka fesyen dan usahawan terkenal, Jovian Mandagie pada 11 Disember 2013 namun berpisah pada Ogos 2022.

Sumber: Instagram


"Benda ini (buli) boleh je diubah, tak pasti jika itu cara nak buat mental pelakon baharu lebih kuat, tapi pada saya benda itu tidak sepatutnya diteruskan...," ujar Aeril.

Demikian yang dikongsikan oleh pelakon, model dan usahawan Aeril Zafrel tatkala ditemu bual SinaPlus baru-baru ini.

Untuk perkongsian lanjut dengarkan video ini.

Bagi peminat setia Wawa Zainal dan Aeril Zafrel, lupa dapatkan Sinar Harian menerusi sisipan SinarPlus hari ini untuk mengetahui kisah pasangan ini selanjutnya tentang kontroversi perkahwinan, peralihan bidang seni kepada dunia bisnes, reaksi Aeril tentang kisah penyondol, pengakuan Wawa mengenai perangai suami kesayangannya itu m, tip bahagia dan banyak lagi.

Anda juga boleh layari sinarplus.sinarharian.com.my.

#coversinarplus #wawazainal #aerilzafrel #pelakon #model #usahawan #wawasunscreen #SinarPlus #lifestylesinarharian

Personaliti: NUR HAWA ZAINAL ABIDIN (@wawa_zainal) & SUHAIRIL SUNARI (@aeril_zafrel)

Teks/ video: ZAITON ABDUL MANAF (@honeza)

Foto: ASRIL ASWANDI

Grafik/Reka letak: ASFALILI KASIM (@exfalily) & HAZEMI NAZAHAR

Muzik: LNDO Vacation Mode Instrumental daripada Soundstripe.com

SinarPlus - Lifestyle, Health & Beauty and Community news" />

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang