'Haram bercerai tanpa alasan munasabah.' Dr Rushdi akui masih sayangkan Nora, isteri pertama sudah beri 'greenlight' asalkan...

Iklan

MASIH menyimpan rasa cinta, suami kepada penyanyi, Datuk Nora Ariffin iaitu Dr Rushdi Ramli tampil mempertahankan rumah tangga yang dibina kerana tidak rela melepaskan isteri tercinta hari ini.

Enggan mengalah begitu sahaja, Dr Rushdi mengaku rasa sayangnya terhadap isteri keduanya masih utuh. Malah, beliau berharap perkahwinan mereka tidak berakhir dengan perceraian kerana perkara itu jelas ditegah dalam Islam.

Iklan
Iklan

"Pada hari ini saya menyatakan di hadapan yang arif bahawa saya menolak permohonan perceraian yang dilakukan oleh isteri terhadap saya.

"Saya tidak bersetuju kerana masih menyayangi perkahwinan ini dan mahu mempertahankannya.

Iklan

"Dalam Islam juga haram untuk kita mengamalkan penceraian tanpa alasan yang muhasabah,” katanya kepada SinarPlus usai prosiding sebutan pertama kes perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Dalam nada penuh tenang, Dr Rushdi yang juga Pensyarah Kanan di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) memaklumkan bahawa keluarga pertamanya sudah menerima kehadiran Nora sebagai sebahagian daripada keluarga mereka.

Iklan

Dalam masa sama, mereka hanya berharap hubungan kekeluargaan sedia ada tidak terjejas.

Bagaimanapun, Pensyarah Kanan Jabatan Fiqh dan Usul itu tidak menafikan bahawa segala keputusan kini bergantung kepada Nora.

"Berdasarkan pemerhatian saya yang ikhlas, saya nampak keluarga pertama sudah pun menerima perkahwinan saya dengan Nora.

"Mereka pun tidak merungut apa-apa. Namun mereka mengharapkan tidak ada perubahan yang berlaku terhadap hubungan kami sekeluarga.

"Pendirian saya ialah saya akan pertahankan perkahwinan ini kerana kita faham perkahwinan ini adalah benda yang baik.

"Saya mengharapkan Datuk Nora terus cinta dan sayang pada saya tapi kalau dia tiada perasaan itu dan mahu mengambil tindakan lanjut saya dah tak boleh nak buat apa,” luahnya.

Mengulas dakwaan kononnya beliau gagal sebagai suami ketika berpoligami, Dr Rushdi menafikan perkara itu dan menyifatkan ia sekadar tohmahan yang tidak berasas.

"Saya tidak bersetuju dengan dakwaan tersebut. Orang yang cakap itu dia pandai cakap saja.

"Mungkin ada saja yang berpoligami melalui perkara yang sama tetapi tidak diketahui orang kerana mereka bukan seorang selebriti seperti isteri saya.

"Orang yang berkahwin seorang pun ada yang bercerai namun perkara itu bukanlah satu keaiban buat suami mungkin kerana tidak mempunyai persefahaman. Saya juga sudah cuba yang terbaik,” katanya.

Untuk makluman, Nora dan Dr. Rushdi mendirikan rumah tangga secara tertutup sekitar akhir tahun 2021.

Sebelum itu, penyanyi bersuara lunak ini pernah melalui fasa paling gelap dalam hidupnya apabila kehilangan cinta hati, Allahyarham Johan Nawawi yang juga komposer tersohor pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.