SETAHUN berlalu, insiden jenayah jenayah yang menimpa tonggak pasukan Selangor FC, Faisal Halim terus meruntun hati. Manakan tidak, kecederaan akibat khianat disimbah asid sulfurik pekat cukup tragis hingga mengakibatkan kelecuran tahap empat!
Baru-baru ini, Faisal Halim atau lebih mesra disapa Mickey meengakui sukar melupakan peristiwa hitam itu.
Ditanya mengenai keputusan Jabatan Peguam Negara yang mengklasifikasi kes serangan simbah asid ke atasnya pada 5 Mei tahun lalu sebagai tiada tindakan lanjut (NFA), enggan menoleh ke belakang lagi.


"Benda pun dah lepas saya berharap sangat berilah saya kembali dalam bola sepak, dalam kancah bola sepak.
"Kalau ada ada yang tak kena dengan saya beritahu dengan saya, jangan aniaya sayalah. Saya tak ada salah silap dengan siapa-siapa.
"Saya rasalah kalau kita ada buat salah silap apa-apa semua kita beritahu lah kan daripada buat saya macam ni. Saya ada keluarga untuk ditanggung.
"Ini karier yang saya kejar dari kecil. Bagaimana susahnya saya. Saya menjadi pemain bola sepak ini bukan untuk mengejar kesenangan tetapi mengejar kejayaan. Menjadi pemain terbaik.
"Saya terima dengan hati yang terbuka dan reda. Ini masanya untuk saya kembali kepada bola sepak,” katanya dalam sebak.
Artikel berkaitan:
- 'Sanggup lepas gaji puluh ribu asal selamat.' Anak sumber kekuatan, air mata & foto pemulihan Faisal Halim undang sebak warganet
- Minat bola sepak kerana bapa, Faisal Halim pernah lalui kepayahan peringkat awal. 'Ayah tidak cukup duit beli kasut bola....'
- Kesan asid sulfurik pekat, melecur tahap 4 boleh rosakkan organ dalaman, doktor perjelas kemungkinan dihadapi Faisal Halim