EKO Resort berkonsepkan taman tema mini yang terletak di Kampung Sungai Lubok, Terong, Perak menjadi bualan ramai sejak dirasmikan pada 9 September 2023.
Berada di kawasan flora dan fauna semula jadi menjadikan Belantara resort antara tarikan utama destinasi pelancongan, bukan sahaja untuk warga tempatan, malah pelancong dari luar negara.
Menurut Pengarah Belantara Resort, Ahmad Sahafaizul Ahmad Kamal, terdapat tujuh jenis penginapan yang disediakan. Antaranya, chalet standard, chalet deluxe, glamping pasangan dan tiny house yang boleh menempatkan dua orang dalam satu masa.
Selain itu, pusat peranginan yang diterajui empat anak muda berusia 30-an itu turut menyediakan penginapan jenis quadraple glamping, superior glamping dan white house.
Ia dilengkapi dua katil bersaiz queen yang boleh memuatkan empat orang dewasa.
"Konsep ini dipilih kerana kami ingin menawarkan pengalaman berbeza kepada pengunjung dengan cara kembali kepada alam, jauh daripada kesibukan bandar dan menikmati keindahan semula jadi. Walaupun berada di tengah hutan, anda masih boleh menikmati suasana percutian yang selesa.
"Antara kami berempat, terdapat pemilik yang merupakan anak jati Taiping. Sejak awal perancangan pembinaan resort ini, kami sepakat dan komited untuk membangunkan ekonomi tempatan melalui pelancongan berasaskan alam semula jadi.
"Syukur, perniagaan ini dapat membantu menjana pendapatan dengan memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat,” ujarnya.
Berkeluasan tujuh ekar, destinasi pelancingan tersebut menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung yang menginap di situ. Taman tema air mini antara tarikan utama membuatkan anak-anak tidak mahu pulang ke bilik.
Untuk anda yang meminati aktiviti lasak, boleh cuba menuggang ATV dengan meredah laluan mencabar. Sementara aktiviti sukaneka hari keluarga mahupun korporat, anda perlu membuat tempahan awal.
Para tetamu yang dihormati, jangan lepaskan peluang berendam di air terjun semula jadi yang sejuk dan menyegarkan — memang sesuai untuk ‘healing’ dari rutin harian yang memenatkan.
Harga penginapan ditawarkan bermula dari RM300 hingga RM800 untuk satu malam, bergantung pada hari tempahan. Cuti sekolah bakal menjelma hujung bulan ini. Jika anda masih belum mempunyai perancangan, sila hubungi pihak Belantara Resort untuk tempahan awal.
Anda semua dialu-alukan untuk berehat dan menenangkan minda dalam suasana yang damai dan elegan di resort popular tersebut dengan layanan hospitaliti terbaik. Pastinya menjadi memori indah untuk anda sekeluarga.