PASANGAN dua benua, Fila Amir dan suaminya, Adama, selamat menimang cahaya mata sulung mereka semalam.
Khabar gembira itu dikongsikan oleh Fila atau nama sebenarnya Nur Afilah Amir Rusdi di media sosial miliknya.
"Assalamualaikum. We are finally papa and mama," tulisnya di laman Instagram.
Perkhabaran tersebut dikongsikan dengan beberapa momen berharga pasangan Malaysia–Guinea itu bersama cahaya mata mereka.
Anak kelahiran Kedah tersebut turut memuat naik hantaran di platform TikTok sambil memberi bayangan bahawa nama si kecil itu bermula dengan huruf A.
"Assalamualaikum. Alhamdulillah, kami menerima kehadiran cahaya mata kami hari ini. Baby A," tulisnya.

