DRAMATIS Farisha Irwayu mendedahkan telah berpisah dengan suami, Tuan Asmawi Tuan Umar.
Menerusi satu hantaran di Reels, Farisha atau nama sebenarnya Norayu Ghazali, bercerai secara 'fast track' pada 11.45 pagi, 13 Mei lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
"Saya bukan lagi isteri kepada Tuan Asmawi Tuan Umar. Kami telah pun bercerai secara fast track dengan talak satu yang dijatuhkan ke atas saya, atas persetujuan bersama. Maka bermulalah iddah saya selama tiga bulan sejak semalam," kongsinya.
Menerusi hantaran yang sama, aktres berusia 55 tahun itu juga memberikan gambaran bekas suaminya telah mengahwini wanita lain sebagai isteri kedua dan ikhlas melepaskan.


"Selamat pengantin baru saya ucapkan buat bekas suami saya, Tuan Asmawi Tuan Umar. Moga berbahagia hingga ke anak cucu.Aamiin ya Rabbal 'alamin.
"Kepada penyondol, bolehlah jadi nombor satu sekarang, sebab awak bukan yang kedua lagi. Dah boleh daftar pernikahan kalian selepas saya habis iddah," titipnya.
Untuk rekod, Farisha dan Tuan Asmawi mendirikan rumah tangga pada 2017.
Sekadar info, penceraian fast track merupakan satu keadaan yang mana pasangan suam isteri bersetuju untuk bercerai di bawah peruntukan seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.
Untuk perceraian cara ini, pasangan tidak perlu menunggu selama 90 hari untuk menyelesaikan kes.