INDIVIDU yang memiliki haiwan kesayangan selalunya pasti menganggap mereka sebagai sebahagian ahli keluarga sendiri dan menjaganya seperti anak sendiri.
Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang wanita 'naik hantu' selepas kucingnya bernama Manis yang hilang dijumpai dalam keadaan terkulai dan comot di dalam longkang akibat menjadi mangsa keganasan jirannya sendiri.
Binatang peliharaannya itu mengalami kecederaan yang teruk dipercayai dipukul dan dibaling ke kawasan rumah tidak berpenghuni oleh seorang lelaki warga emas pada Selasa.
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, pihaknya mengesan rakaman video dan gambar tular di media sosial yang memaparkan kejadian itu.
"Hasil semakan lanjut mendapati kejadian berlaku di Taman Yayasan, Segamat dan turut menerima laporan daripada seorang wanita tempatan yang juga pemilik kucing berkenaan.
"Kejadian berlaku kira-kira jam 11.12 pagi ketika wanita itu sedang mencari kucing peliharaannya sebelum ternampak jirannya menolak sesuatu ke dalam longkang.
"Pengadu kemudian menemui kucingnya di dalam longkang dalam keadaan berlumuran darah dan mengesyaki ia telah dipukul oleh jirannya,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Wanita mengamuk kucing kesayangan dipukul dan dibaling! Suspek warga emas ditahan
Iklan