TAHNIAH diucapkan buat pelakon Elisya Sandha dan suami, Uzair Haqimy selamat menimang anak kedua malam tadi.
Berita gembira itu dikongsikan menerusi laman sosial pasangan itu.
"Sesungguhnya ALLAH adalah sebaik-baik perancang.
"Syukur alhamdulillah masya-ALLAH tabarakallah.
Manakala Uzair pula menyatakan kesyukuran tidak terhingga menyambut kelahiran putera kesayangan.
"Alhamdulillah ya ALLAH. Terima kasih kepada yang mendoakan.
"Terima kasih buat isteriku. Once again, you manage to amaze me with your strength. Tak mampu saya balas sayang," titipnya.
Uzair terdahulu memohon doa agar proses bersalin berjalan lancar.
Anak sulung Sheila Rusly itu turut memuat naik video isterinya dimasukkan ke dewan pembedahan pada pukul 9.07 malam untuk proses kelahiran.
Terdahulu, Elisya dalam temu ramah bersama SinarPlus mendedahkan tarikh jangkaan bersalinnya ialah pada 30 Mei 2025.
Sekadar info, Elisya mendirikan rumah tangga dengan Uzair Haqimy pada 21 Ogos 2021.
Mereka dikurniakan anak perempuan yang bernama Bunga Elhaq yang kini berusia tiga tahun.