Suami Rahimah Rahim meninggal dunia. 'Saya dan keluarga teramat sedih...'

Iklan

SUAMI kepada penyanyi era 1970-an dan 1980-an, Rahimah Rahim iaitu Allahyarham Juraimi Taib dilaporkan meninggal dunia pada Khamis lalu.

Berita duka pemergian Allahyarham dikongsikan oleh Rahimah itu menerusi hantaran di laman sosial Facebook rasminya.

Iklan
Iklan

"Innalillahi wainna ilairojiun, Al-Fatihah buat insan yang berhati mulia dan disayangi, suami saya, Juraimi Taib (Remy).

"Saya dan keluarga merasa teramat sedih atas pemergian arwah pulang ke rahmatullah pada pagi 15 Mei 2025," titipnya

Iklan

Allahyarham difahamkan kembali ke rahmatullah pada usia 69 tahun namun punca kematian tidak dikongsikan.

Dalam pada itu, Rahimah yang dikenali sebagai Kak Girl menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang menolong dan memohon maaf bagi pihak suami tercinta.

Iklan

Rahimah dan anak perempuannya, Amalyn Aisyah.

"Kami sekeluarga juga mengucapkan ribuan terima kasih buat semua sahabat-sahabat dan keluarga yang telah banyak membantu saya dalam mengendalikan jenazah arwah.

"Pihak kami jugak mohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan dan sekiranya ada sesiapa yang mengenali arwah dan sekiranya juga ada terdapat urusan yang masih tertunggak, yang belum sempat arwah lunaskan sila lah DM saya directly ya.

"Semoga roh Allahyarham Juraimi Taib ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan bertakwa serta di dalam rahmat ALLAH SWT," kongsinya.

Sekadar info, Rahimah berkahwin dengan Juraimi yang pada 1994 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Amalyn Aisyah.

Rahimah juga merupakan adik seibu kepada Allahyarham Bat Latiff dan sepupu kepada pelakon veteran, Fauziah Ahmad Daud.

Sumber: Facebook