BERTINDIK pada telinga itu kebiasaan bagi wanita. Tidak hanya telinga, banyak bahagian tubuh lain yang turut ditindik termasuk hidung, kening dan lidah.
Isu pemakaian subang pada hidung dalam kalangan wanita Islam kembali mencuri perhatian apabila personaliti dakwah, Ustaz Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau PU Syed, tampil menegaskan bahawa hukum bertindik di bahagian selain telinga adalah haram, walaupun mendapat keizinan suami.
Menerusi perkongsian PU Syed di laman sosial Instagramnya, perbuatan tersebut adalah dilarang dalam agama Islam kerana ia menyerupai agama lain (tasyabuh).
Jelasnya, perbuatan menindik hidung hukumnya haram dan beliau turut berkongsi fatwa yang dikeluarkan oleh jabatan mufti.
"Hukum ini boleh dicari menerusi Google kalau tidak tahu. Bukanlah sekadar suami atau ayah setuju dan tidak marah, itu bukan isunya.
"Perbuatan menindik hidung adalah haram kerana ia termasuk dalam hukum tasyabuh iaitu menyerupai orang agama lain,” jelasnya.
Dibenarkan oleh ahli keluarga bukanlah isunya. Meskipun mendapat restu suami atau ibu bapa, PU Syed turut menasihati agar mengutamakan larangan Islam.
"Majoriti orang Islam hanya menindik telinga, cukuplah sekadar itu. Tak perlulah kita nak menindik hidung dan berhasrat pula untuk menindik kening atau lidah.
"Hasrat itu bukan masalah yang netizen kecam, tetapi menurut pandangan Islam ia haram. Maka jangan buat walaupun suami dan mak ayah reda.
"Letakkan larangan Islam sebagai keutamaan dalam sesuatu perkara yang kita mahu lakukan,” katanya.
Pelakon dan pengacara berkenaan bagaimanapun tenang menerima teguran terbuka tersebut.
Pemilik nama Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid Al-Yahya itu memilih untuk tidak melayan komen negatif.
"Ini saya tindik semasa Tingkatan Satu atau Dua, manakala yang ini pula baharu tiga atau empat tahun lalu," kongsinya menerusi Sembang Wanita Xtra Mingguan Wanita.
Menerusi audio siar berkenaan, Sharifah Aleya menjelaskan bahawa beliau memilih untuk menindik hidung.
Ibu kepada empat cahaya mata itu mendedahkan bahawa beliau memilih untuk kekal tenang dan tidak melayan komen negatif netizen berhubung penampilannya yang bertindik di bahagian hidung.
"Calm down, it's just a nose ring. Saya sukakannya dan suami serta ibu bapa.
"Saya boleh bukanya bila-bila masa saya mahu dan anda tidak perlu menyukainya.
"Tindik septum adalah sesuatu yang ingin saya lakukan sejak dulu lagi.
"Saya hendak juga menindik kening, namun ia perlu saiz yang sesuai. Jika tidak, boleh menyebabkan kening jatuh.
"Saya agak takut ia jatuh dan berparut," jelasnya.